Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian
Di bawah neh ialah jawapan arif, lelaki melayu islam malaysia yang berkahwin dengan seorang lelaki mat saleh baru2 neh ;
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia. -mynewshub-
Nampaknya arif dah memang sedar bahawa benda neh jadi kontroversi di malaysia. Baguslah tue. Makna nya dia tahu sangat yang keluarga dia nak jumpa dia. So, arif please lah jumpa dengan mereka. At least selesaikan masalah hutang ko dengan petronas tue.
Dan buat anda2 di luar sana, aku faham korang pun sama confused macam aku. Macam mana seseorang yang mengakui masih islam tapi berkahwin dengan lelaki di dalam gereja dan menjadi gay pula? Sudah semestinya neh ialah perkara yang sangat2 mustahil. Arif tidak tahu agaknya benda neh bertentangan dengan islam.
Ia adalah sesuatu yang tidak mungkin seorang lelaki muslim mengamalkan gaya hidup songsang [seks dengan kaum sejenis] dan masih menjadi seorang muslim. Aku tidak pasti apakah status solat, puasa dan sebagainya itu sah. Yang arif bab agama boleh ulas isu neh. Adakah suami [takan bini pula?] arif neh dah masuk islam? Walaupun kedengaran soalan aku neh agak kelakar [even aku sendiri pun tergelak]tapi bukan kah pasangan kita kena convert dulu kalau nak berkahwin dengan orang islam? Islam macam mana amalan si arif neh ek?
Bukan kah lebih baik arif jangan bercakap pasal islam dan akidah dia? Dia patut komen pasal hutang dan pasal perkahwinan sejenis jek. Aku rasa bimbang pula. Bukan apa nanti orang bukan islam akan fikir owhhh walaupun islam melarang seme benda2 begini tapi selepas mereka tetap buat mereka tetap boleh mengakui bahawa mereka ialah orang islam. Ini dah sangat2 terpesong. Ini dah sangat2 songsang. Ini dah sangat2 memberikan gambaran yang silap pasal islam sebenar. Arif, bertaubatlah sebelum Allah swt menyoal anda kelak.
Bacaan penuh disini.
Sozcyili : Hairan..