t>

Breaking News

Alahai, Kenapalah Anak Aku Degil? Bhgn 1

Jam di dinding telah menunjukkan pukul 6 petang .
Puan Suhana mula bersuara “Amir , gi mandi”

Amir           : Nanti kejaplah mama.  Nak tengok kartun ni.
 
Pn Suhana   : Pergilah mandi. Dah lewat petang ni.
 
Amir           : Jap lagi.

Selang beberapa minit kemudian Puan Suhana berbersuara lagi.

Pn Suhana   : Amir, pergi mandi sekarang. (Nada  semakin keras)

Amir            : Kejaapp….
 
Pn Suhana bingkas meninggalkan kerjanya di dapur dan mengambil rotan.

Pn Suhana   : Kau pergi mandi sekarang! (dengan bengis dan menunjukkan rotan ke arah bilik air)

Amir            : Emmm… (sedih dan bangun menurut perintah)

Keadaan ini pastinya lazim berlaku dalam dairi seorang ibu. Perkara inilah yang mencabar, dahlah penat menguruskan mereka. Sifat degil mereka pula sangatlah menguji kesabaran. Kita sebagai dewasa mampu mencorak dan menentukan bagaimana mengawal keadaan tersebut. Hendak marah atau bertenang.

Pertama sekali yang perlu kita buat ialah rasa bersyukur kerana memiliki anak. Sebabnya  ramai pasangan yang belum memiliki cahaya mata, mahupun telah lama mendirikan rumah tangga. Maka sematkanlah rasa ini sentiasa dalam sanubari kita.

Kelebihan Sifat  Degil.

Bukan semua manusia ‘direka’  oleh Allah dengan bentuk yang sama. Dalam segi fizikal, cop jari pun berbeza. Begitu juga dengan sifat. Degil adalah sebahagian sifat seorang pemimpin. Kebanyakkan pemimpin hebat memiliki sifat tersebut. Mereka tidak mudah dipengaruhi dan memiliki pendirian yang tetap.  Cuma terap mereka nilai keagamaan dan tauhid dari kecil. Maka dia tahu mana yang salah atau betul. Maka tidaklah mereka terpengaruh dengan anasir kurang sihat. InshaAllah.

Cara Menangani.

Hormati mereka– Memang pelik, kita yang besarkan mereka  tetapi kita yang perlu hormat mereka dahulu. Ya, bukan anak yang degil sahaja. Bahkan semua anak. Kajian menunjukkan lebih banyak anda keluarkan rasa hormat pada orang, lebih banyak hormat yang ada perolehi.  Kita bukan mahu mereka rasa takut pada kita, tetapi hormat.  Jika perasaan takut yang mereka berikan, pastinya mereka akan berkelakuan baik dihadapan kita sahaja. Tapi dibelakang kita pula bagaimana?

Beri Mereka Pilihan – Tanya mereka, bila mereka boleh laksanakan permintaan kita. Contoh situasi di atas; anda boleh mengawal situasi begini.

Pn Suhana   : Amir , gi mandi. Dah lewat petang.
Amir            : Nanti kejaplah mama.  Nak tengok kartun ni.
Pn Suhana   : Kartun tu habis jam berapa?
Amir             : 6.30
Pn Suhana   : Ok lepas tu pergi mandi tau.
Amir            : Ok ma..
Pn Suhana   : Kejap lagi papa balik. Lepas Maghrib kita makan sama.
Amir            : Orait
Perkataan “Kejap lagi papa balik. Lepas Maghrib kita makan sama.  

berupaya membentuk minda rasional mereka, bukannya emosi.  Kenapa mereka perlu mandi  dan bersiap awal.

Mudah Jika Anda Rapat dengan Anak Anda.

Sebenarnya anak anda tidaklah berniat untuk melawan atau sengaja melukakan hati anda. Jika boleh, mereka selalu ingin mengembirakan anda. Itulah naluri mereka. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik dengan mereka.  Malas, degil, nakal atau apa juga gelaran yang anda berikan kepada mereka adalah satu doa buat mereka.  Rapatlah dengan anak anda dari awal dan tanamkan rasa hormat mereka kepada anda. “Anak Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan”

Alhamdulillah, pada hujung minggu ni Excel Qhalif akan menjalankan satu Program Playgroup PERCUMA. Ia khusus untuk anak-anak 2 ke 4 tahun. Program 2 jam ini menyediakan ruang belajar sambil bermain untuk anak-anak bersama ibubapa. InshaAllah ia dapat membantu merapatkan hubungan kekeluargaan dan perkembangan minda kanak-kanak.  Anda boleh ketahui  info lanjut dan berdaftar secara online dengan klik banner di bawah. InshaAllah jumpa anda di kelas nanti.