t>

Breaking News

Bagaimana memohon Skim Sara 1Malaysia?



Rasanya  ramai dah tahu tentang kewujudan skim pelaburan sara 1malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri pada dua hari yang lepas. Skim neh mula diperkenalkan dalam pembacaan pembentangan bajet 2012 di dalam persidangan dewan akhir tahun lepas.


Apa itu skim pelaburan sara 1 malaysia?

Ia adalah pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sehingga rm13,000 selepas 5 tahun menurut jaminan perdana menteri sendiri. Namun terdapat beberapa pertikaian mengenai hal neh. Antara yang menjadi tanda tanya ialah ;

1. Adakah ia berlandaskan hukum syariah [halal] ? Persoalan neh timbul kerana hasil pulangan nya mencapai sehingga 32%. Sesuatu yang sangat tinggi. Mungkin orang yang arif ekonomi boleh mengulas lanjut tentang hal ini.

2. Di dalam keadaan kelembapan ekonomi di malaysia, apakah pelaburan neh ia benar2 berpaksi kepada realiti? Ini juga sesuatu yang dipersoalkan oleh orang ramai.

3. Terdapat juga cakap2 bahawa ia adalah untuk kempen pru-13. Bagi aku, kalau sungguh pun ia kempen untuk pru-13 tiada masalah. Mana2 parti pun boleh berkempen untuk itu. Semakin galak mereka berkempen maka semakin banyak kebaikan yang kita dapat. Ini kita panggil sebagai kuasa beli. Sebagai pengguna kita kena pandai gunakan kuasa beli [kuasa undi ] yang ada di tangan kita.

Bagaimana memohon skim neh?

Ada syarat2 yang anda perlu patuhi. Bukan semua rakyat malaysia boleh memohon untuk skim pelaburan neh. Antara syarat2 yang telah dikenalpasti ialah ;

1. Pendapatan isi rumah ialah rm3k kebawah. Ini bermaksud skim neh mensasarkan golongan yang berpendapatan rendah dan serdahana. Satu usaha yang bagus bagi mengalakkan mereka menyimpan wang.

2. Selain daripada wang pelaburan sendiri, anda juga boleh memohon melalui dana yang disediakan oleh bank2. Dalam erti kata lain meminjam dari bank untuk melabur.

3. Empat bank yang mendapat green light bagi memberikan pinjaman pelaburan neh kepada anda ialah maybank, cimb, bsn dan rhb. 

4. Skim neh akan dibuka sepanjang setahun sehingga nilai dana [pelaburan] yang diperuntukkan habis.

5. Ia akan dibuka bermula 30 januari neh.

Skim neh ada limit rupanya. Ia lebih kurang macam siapa cepat, dia dapat. Bukan semua yang berpendapatan bawah rm3k layak mendapat skim neh. Bagi anda yang berminat digalakkan memohon dari awal. Nanti habis sendiri yang menyesal pula.

Melalui ucapan najib yang disiarkan melalui berita tv3 yang lepas dia ada nyatakan bahawa sesiapa yang memohon skim neh akan mendapat pulangan rm134 sebulan. Manakala yang meminjam pula akan dipotong rm84 sebagai bayaran balik dan rm50 akan masuk poket tiap2 bulan. 

Nampak macam menarik. Yelah. Dah lah pinjam untuk melabur. Dapat duit lagi. Tak menarik ke? 

Hahahaah..

Sozcyili : Usaha baik.