t>

Breaking News

Kerana berlakon video, dua mahasiswa UPSI dibuang. [VIDEO INSIDE]

Hanya video yang membicarakan isu-isu semasa.

Bukan berlakon video lucah ye.

Bukan juga berlakon dalam filem yang memaparkan adegan panas ye.

Hanya berlakon dalam video yang tiada effect ludah meludah. Pun salah. Dan dibuang tak pasal2. 

Hahahaa..

Lihat video yang dimaksudnya di bawah neh ;

 

Video di atas neh mengisahkan tentang tiga sekawan yang berjogging sambil bercerita isu2 sebenar yang berlaku di sekitar UPSI dan isu2 semasa. Ingat ye, ISU2 SEBENAR. Bukan isu rekaan. Andai ia rekaan ada logiklah juga mereka dibuang dari kolej kediaman. Tapi neh bercakap hal sebenar pun kena buang. Pelik juga.

Dan kalau kekawan menonton video di atas neh pun, mana lah ada sensitif pun. Yang hairan nya kenapa sensitif sangat pentadbir2 UPSI sejak akhir2 neh? Tak faham sangat kenapa mereka mengenakan tindakan seperti neh tapi pada pendapat aku, lagi ditekan mahasiswa dan anak muda lagi mereka memberontak. Kalau macam gini gayanya macam mana najib nak raih undi anak muda? 

Anak muda neh kuat pengaruhnya. Mereka cenderung berkumpulan dan membuat keputusan yang kawan2 mereka selalu buat. Walaupun undi anak muda bukan penentu kepada kemenangan bn sebab mereka hanya menguasai sebanyak 30% dari jumlah keseluruhan pengundian [setakat neh] namun undi anak muda boleh membantu memberikan kemenangan. 

Kalau kita baca komen2 di internet pun jarang anak muda menyokong bn melainkan ramai yang menyokong pr ataupun lebih selesa berada di atas pagar. Kalau begini gaya kekejaman yang ditonjolkan, toksah haraplah undi dari mereka2 neh.

Gambar di bawah neh antara 2 mahasiswa yang dibuang dari kolej kediaman kerana terlibat dalam video di atas neh. Mereka dibuang serta merta tanpa rayuan.



Sozcyili : Apa pun tak boleh..