t>

Breaking News

Betul ke video klip terbaru Namewee racist?

 

Yeke?

Racist?

Di mana? Dan apa ?

Yang sebenarnya janganlah disebabkan kebencian kita kepada seseorang menjadikan apa sahaja yang dia buat adalah salah. Boleh di fahami kenapa ada individu2 yang tidak suka kepada karya Namewee. Tetapi itu bukan asbab nak terjemahkan karya terbaru dia ialah salah satu product yang racist.

Tiada langsung unsur2 racist yang ditonjolkan melalui video di klip di atas neh. Mari kita menilai semula apa yang ingin disampaikan oleh Namewee secara berjemaah.
1. Video klip neh ialah lagu perayaan bagi meraikan sambutan tahun baru cina.

2. Apa yang dipersoalkan ialah 5 watak yang wujud dalam video terbabit.

3. Lima watak terbabit ialah ;

- Bisnesman = tokey.

- Polis - PDRM

- Polis trafic = PDRM

- Pemain bola sepak = ??? [ahli sukan or FAM?]

- Pengawal keselamatan = ??? [kakitangan awam atau swasta? = atau kedua2nya sekali?]
4. Jalan cerita video klip neh memaparkan unsur2 bahawa kelima2 watak neh terlibat dalam aktiviti rasuah. Memberi dan menerima. Menolak bila orang nampak tapi menerima bila orang tak nampak [menerima secara sorok2 melalui adegan tutup cctv].

5. Apa yang ingin disampaikan oleh namewee ialah mesej mengenai realiti kehidupan masyarakat malaysia. Ada di antara mereka mengamalkan rasuah. Rasuah ialah cara hidup ku. Motto sesetengah rakyat di malaysia. Ini realiti dan kebenaran. Dan inilah yang ingin Namewee sampaikan.

6. Tapi sayang, mesej yang baik tiada dalam video klip neh.

7. Memaparkan kehidupan orang yang memberi dan menerima rasuah, so what? Apa? Apa yang boleh kita belajar dari sini? What lesson ? Nothing.

8. Itupun takpe lagi. Ini adalah hak namewee sepenuhnya nak menerbitkan video2 yang ada pengajaran ataupun tiada. Ini juga adalah hak namewee sepenuhnya nak menerbitkan video2 yang memaparkan realiti kehidupan sebilangan masyarakat malaysia. Tiada argue tentang itu.

9. Namun apa yang dipersoalkan ialah cara watak yang dilakonkan sangat tidak bersesuaian. Niat yang baik perlu disampaikan melalui mesej yang baik juga. 

10. Harus di ingat bukan seme polis, pegawai kerajaan + swasta + ahli sukan + bola sepak = menyokong kerajaan. Jadi, apa perlu cuit sensitiviti mereka?

11. Sepatutnya namewee menjadikan lagu perayaan neh sebagai lagu harmoni yang mengajar kaedah2 menolak rasuah dan menyatupadukan rakyat malaysia, bukan lagu yang boleh dipersoalkan orang semula di kemudian hari.

12. Ambil sahaja contoh paling mudah iaitu Oley yang diterbitkan oleh PAS.

13. Niat yang baik disampaikan dengan kaedah yang baik sehingga tiada lagi mana2 pihak berani nak argue. Mereka sendiri akan termalu dan terdiam. Sebab? Tiada hujah nak menafikan medium kesedaran dalam oley.

14. Video namewee neh dengan video sembang rakyat boleh diterjemahkan sebagai video yang sepadan dari segi niat dan kaedah. Niat masing2 nak sampaikan keinginan ahti tetapi menggunakan cara perli yang sangat tidak bersesuaian sekali.

15. Jika mahu orang menyokong kita, marah dan paksa bukan jalan yang terbaik. Jadi kawan mereka dan tarbiah mereka sehingga sampai satu tahap yang anda yakin mereka2 neh boleh ditarbiah, maka teruskan. Jika tidak boleh, maka gunakanlah pendekatan yang lain pula. 

16. Niat yang baik harus disusuli dengan kaedah dan penyampaian yang baik. Kesilapan namewee ialah dia tidak faham apa itu sensitiviti. Namun dia tidak memaparkan unsur2 racist disini. Mungkin dia mahu memerli sinis kepada anggota2 polis tertentu yang menerima rasuah namun babak polis terjelir lidah itu tidak sepatutnya ada. Ia sebenarnya boleh dibuat dengan lebih baik andai sedikit masa diperuntukkan untuk mencari kreativiti.

Di harap, lainkali namewee boleh berkerjasama dengan unit media pas bagaimana mahu menerbitkan video2 yang lebih kepada mendidik daripada video2 yang memaparkan luahan kemarahan perasaan semata2. Marah memang boleh marah. Ini adalah hak namewee sepenuhnya. Tapi kalau dah marah sehingga menyebabkan orang lain yang tak bersalah terbabit sama, ini tidak patut diteruskan.

Harap namewee boleh ubah cara penyampaian dia. Jika tidak, janganlah marah andai ada orang mengkritik anda secara terbuka. Dari apa yang aku lihat pengkritik namewee neh bukan hanya terdiri dari mereka2 yang pro kepada kerajaan, yang condong kepada pembangkang pun marahkan dia. Mesti ada sesuatu yang dia buat sehingga menyakitkan ahti orang lain. Aku pun tatau apa benda tue.. 
Sozcyili : Dah ada video bob lokman lah pula..