t>

Breaking News

Larangan bertudung terhadap pelajar sekolah.


Prejudis.

Dikriminasi.

Ini sesuatu yang tidak perlu dan tidak patut berlaku. Tetapi tak hairan lah kalau ia berlaku pun. Memang isu neh sering menjadi pertikaian di mana2 negara waima di malaysia sekalipun tidak pernah terkecuali. Ia mungkin boleh dirasionalkan kalau larangan tersebut ditetapkan oleh pemerintah bukan islam kepada penganut islam. Tetapi jika pemerintah islam sendiri yang mengenakan larangan tersebut, nak kata apa lagi? 

Berbalik semula pada isu di atas neh. Larangan neh dibuat oleh sebuah sekolah aliran buddha di bangkok, thailand. Memang dapat difikirkan secara logik kenapa sekolah aliran buddha melarang amalan pemakaian tudung di sekolah mereka. Ini kerana islam ialah lawan kepada buddha. Islam agama, buddha juga agama, maka ia menjadi polemik keagamaan disini. So, tak pelik.

Walaupun ini ialah dikriminasi pada anggapan aku, tetapi lebih baik jika umat2 islam di sana boikot sahaja sekolah2 aliran buddha neh. Kalau belum ada alternatif, maka wujudkan lah ia. Kumpul dana dan tubuh sahaja sekolah aliran islam. Ia penting kerana dari sekolah lah pendidikan utama yang anak2 neh akan terima. Kalau dihantar ke sekolah2 aliran buddha neh, korang boleh pasti kah bahawa pembelajaran dia tiada unsur2 yang menjejaskan akidah?

Sekolah aliran buddha neh aku tak faham konsep dia macam mana. Kalau ia sama macam sekolah aliran cina di malaysia neh aku rasa tiada masalah kot. Tapi sekolah aliran cina di malaysia neh sesiapa pun boleh bertudung dan sistem pembelajaran mereka lebih sistematik berbanding sekolah rendah kebangsaan. Tapi memandangkan isu neh berlaku di bangkok, dan thailand pula memang terkenal dengan dikriminasi terhadap umat islam aku tak fikir sekolah2 dorang neh macam sekolah2 jenis kebangsaan di malaysia.

Elok juga lah buat sekolah sendiri dan ajar sendiri anak2 islam neh. Kalau bukan diri sendiri nak corakkan masa depan anak2 islam siapa lagi. Nak harapkan umat bukan islam? Jangan menyesal lah kalau ada di antara mereka yang murtad. Sebelum salahkan orang bukan islam, elok cermin diri sendiri dulu. Ini semua bergantung pada pendidikan bagaimana yang kita berikan kepada mereka sepanjang mereka membesar. 

Apa pun dari satu segi, thailand kena belajar bahawa dikriminasi sebenarnya akan makan diri mereka semula. Sebab tue aku ada prejudis dengan orang2 thailand neh. Tapi bukanlah semua. Nak2 yang berkerja di malaysia neh. Ada di antara mereka okey. Mungkin sebab kenal kowt.

Walaupun aku faham dengan jelas bahawa seseorang yang melakukan kesalahan ialah salah seseorang tue dan kesalahan dia tidak boleh dipalitkan kepada orang lain tapi tah lah.. napa aku tak pernah suka pada pemerintah thailand. Aku pun confused.

Hahahaha..

Sozcyili : Ada baik juga sekolah asing2 neh yer..