t>

Breaking News

Gambar masjid di kalendar hukum nya haram.


Sedih aku tengok mentaliti sesetengah orang. Betapa terdesak sangat kah sampai kan isu remeh temeh macam neh boleh dijadikan asas dan asbab untuk membenci orang? Betapa bagus sangat kah pihak di sebelah sana sehingga pihak sebelah sini tiada langsung pun isu relevant yang boleh disentuh untuk membidas kepimpinan di pihak sebelah sana?

Rakyat malaysia hanya mampu tergelak je bila baca berita2 bodoh neh. Biar logik sikit lah nak balon orang pun. Jangan lah anggap rakyat malaysia ni semua nya bingai2 belaka sampai isu macam neh pun nak dikecohkan masuk paper bagai. Tolong raise isu yang ada standard sikit lah. 

Kalau sungguh bodoh, buatlah cara bodoh. Lantik sahaja orang2 yang tidak bodoh untuk balon pembangkang. Kalau takde akal, jangan tunjuk depan2. Kot ye pun takde rasa malu, fikirlah apa anggapan penyokong umno yang lain [yang matang] bila membaca hal neh? Apakah dorang takde maruah?

Automatik dorang pun rasa malu nak mengaku bahawa dorang tue penyokong umno. Mana tak nya, adakah isu sebingai neh boleh di angkat masuk paper untuk bidas dap? Nampak sangat paper neh memikirkan pembaca dorang bodoh. Dan yang lebih teruk, mereka juga menganggap penyokong umno yang lain sama bodoh. 

Sozcyili : Bodoh takpe, boleh belajar. Bodoh tapi sombong? Tak kemana.