Nombor ekor pada ayat Al-Quran.
Puak2 kaki judi neh mana ada fikir panjang. Asal dapat berjudi, apa pun depa sanggup harung. Dah gila berjudi larh katakan. Salah betul seme tolak ketepi. Sengal. Agak2lah nak babitkan ayat2 suci Alquran pula. Kot ye pun guna kertas kitar semula, alert lah sikit sensitiviti umat islam.
Nak berjudi, judilah. Sebab kerajaan tak halang kan. Tapi jangan babitkan sentimen keagamaan orang lain. Please. Baca bawah neh ;
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Barat Daya menggesa pihak berwajib untuk menyiasat cetakan keputusan nombor ramalan di sebalik kertas yang mengandungi ayat suci al–Quran.Yang Dipertuanya, Mohd Faiz Mohamed Rafeek berkata, tindakan tidak bertanggungjawab syarikat nombor ramalan di pekan Kongsi itu dikesan oleh rakannya pada 1 Januari lalu kira–kira jam 8 malam.“Saya memintanya untuk mendapatkan kertas tersebut dan alangkah terkejutnya apabila keputusan nombor ramalan itu sememangnya mengandungi ayat al–Quran.“Tindakan syarikat itu secara tidak langsung menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.Beliau berkata, tidak sepatutnya kertas yang bercetak ayat al–Quran digunakan sebagai catatan keputusan nombor ramalan, walaupun kertas tersebut dikitar semula dan laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin.
“Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Mainpp) perlu memainkan peranan untuk membongkar isu yang berlaku di Balik Pulau,” katanya.Mohd Faiz berkata, beliau turut mendapat sokongan rakan–rakan laman sosial yang bersetuju akan tindakan yang diambil.“Bukan itu sahaja, saya turut mengajak mereka yang berminat untuk menyerahkan memorandum kepada Mainpp pada minggu hadapan bagi menyatakan kekesalan umat Islam akan kejadian itu.“Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim juga perlu tampil dan membantu memberi penjelasan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan lebih efektif,” katanya.Sinar Harian
Tak payah siasat lama2 lah. Silap2 kes close. Dah tahu ada bukti bagai, tahan je larh. Kadangkala yang buat aku menyampah dengan sistem perundangan di malaysia neh ialah kebiasan dorang dalam sesetengah isu.
Isu yang penting2 buat derk. Isu yang tak penting macam 901 sampai masuk khutbah jumaat. Bosan gile. Elok citer pasal judi neh hah. Sampai babitkan Alquran pula. Kot ye pun nak jimat, jangan usik agama orang. Tah pape lah weh. Tah pape.
Sozyili : Kang ada lah puak2 meroyan salahkan bangsa or agama orang lain.. please larh.. kasi komen yang rasional sikit.