t>

Breaking News

Kenyataan Rasmi Kerajaan Malaysia Berhubung Pembebasan Anwar.

Perlu ke?

Perlu ke kerajaan Malaysia buat kenyataan rasmi berhubung isu neh? Bukan kah kes neh secara peribadinya hanya melibatkan dsai dan sba sahaja? Kenapa pula kerajaan malaysia sibuk nak buat kenyataan rasmi? Nanti orang anggap kerajaan malaysia memang berniat menjatuhkan karier politik anwar ibrahim.

Punya lah berlambak2 kes mahkamah yang melibatkan persepsi negatif orang awam terhadap kerajaan, belum pernah sekalipun kerajaan buat kenyataan rasmi tapi kes liwat II neh tak sangka kerajaan malaysia sanggup keluarkan statement seme. Herm.. Pelik larh!

KUALA LUMPUR – Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia merupakan satu gelombang dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
” Gelombang terkini  itu akan membantu memperluaskan ketelusan dalam semua bidang kehidupan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan khas mewakili kerajaan Malaysia berhubung pembebasan Anwar di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi pagi tadi membuat keputusan tidak bersalah terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes berkenaan -MNH-

Sozcyili : Macam2..