Lelong BB1M RM200 untuk RM50 sahaja !!!
Sapa nak beli BB1M yang bernilai rm200 dengan hanya rm50 jek? BB1M neh ialah baucar buku 1malaysia yang diberikan kepada student2 seluruh malaysia bagi membeli buku2 ilmiah. Buku2 neh sepatutnya buku2 yang boleh membantu mereka study dalam bidang yang diambil masing2.
Nah,
Sekarang neh anda yang berminat boleh membeli baucar2 buku neh dengan harga yang murah. Beli baucar buku yang bernilai rm200 dengan hanya rm50, murah kan? Yelah, pelajar2 yang dapat baucar buku bb1m tak boleh nak beli benda lain selain buku. Kalau dia nak beli, dia kena tukarkan dulu baucar kepada duit. So, kena lah jual baucar dulu kalau nak dapatkan duit.
Bagaimana?
Nak tak?
Best tak menjahanamkan polisi dan pemberian baik dari KPT untuk anda?
Mesti best kan?
Beginilah. Benda yang baik ialah benda yang baik tak kira datang dari mana dan siapa sekalipun. Benda yang tidak baik ialah benda yang tidak baik tidak kiralah siapa pelaku nya sekalipun. Oleh kerana kerajaan bagi baucar neh khas untuk student beli buku, maka gunakanlah ia sebaik2nya. Ada banyak jenis buku2 ilmiah yang terdapat di pasaran. Rasanya rm200.00 beli buku 4,5 buah mesti habis punya.
Kalau rasa2nya kaya, banyak duit maka janganlah ambil pemberian neh. Punyalah berlambak2 orang susah, yang suka kepada ilmu tetapi tak dapat beli sebab kekurangan wang. Kalau rasa hebat sangat, derma kan baucar2 buku neh kepada orang2 yang begitu.
Kalau nak jual balik dengan niat nak dapatkan duit, toksahlah. Ini nama nya salah guna pemberian. Pemberian neh hasilnya dari rakyat2 juga. Bukan nya kerajaan petik dari pokok. Mungkin neh idea dan usaha bersama dari YB saifuddin. Seorang menteri yang berdedikasi. Rasanya pelajar2 tak patut sia2kan usaha2 baik neh.
Walaupun nilai rm200 neh mungkin kecil dan sedikit pada anda, tetapi at least ia masih ada nilai dan masih boleh membantu meringankan beban pelajar2 yang tidak sekaya dan semewah anda.
Jadi, janganlah salah gunakan pemberian neh. Kalau rasa bagus sangat, derma lah pada student2 yang memerlukan. Buat apa ko jual baucar2 buku tue dan gunakan duit tue makan dan sebagainya. Entah halal entah haram ko pun taktahu.
Kalau derma pada student2 yang memerlukan, meskipun ko tak dapat apa2, at least pahala sedekah [amal kebaikan bagi non muslim] tue sentiasa mengekori ko. Yang neh lebih besar manfaatnya walaupun ko sendiri tidak mendapat manfaat dari kerajaan tapi ko dapat manfaat yang lain pula. Lue fikirlah sendiri.
Sozcyili : Dah kaya sangat kowt..