t>

Breaking News

Majlis Peguam menyokong hak homoseksual untuk bersuara.



Majlis peguam sokong hak2 seseorang yang gay ka? Siriyes? Are you really seriyes? Baca statement bawah neh sat ;
“Kita tidak akan menyokong perkahwinan sama jantina tetapi menyokong penuh kebebasan bersuara untuk sesiapa pun termasuk (presiden Perkasa Datuk) Ibrahim Ali walaupun tidak bersetuju dengan pandangannya,” dia berkata, merujuk kepada ketua NGO Melayu itu.

Lim berkata kepada The Malaysian Insider, di bawah Seksyen 377 Kanun Jenayah melarang kedua-dua seks oral dan anal tanpa mana-mana perbezaan berhubung dengan keseksualan.

“Penetrasi adalah mencukupi bagi membentuk hubungan seksual perlu bagi kesalahan yang digambarkan dalam seksyen ini. Apa yang jelas adalah peruntukan-peruntukan ini tidak menjelaskan perbezaan antara kegiatan hubungan jenis dan heteroseksual,” katanya.

Tambahnya, Majlis Peguam “menyokong kebebasan bersuara dan berhimpun oleh kumpulan minoriti tersebut yang didiskriminasi, dan ditindas disebabkan gender dan seksual identiti mereka.

Seksyen 377 memperuntukkan “mana-mana individu yang mempunyai hubungan seksual dengan menggunakan zakar terhadap mulut dan dubur orang lain telah melakukan persetubuhan jasmani yang menentang fitrah semula jadi manusia.
Menurut Lim, golongan heteroseksual melibatkan seks oral dan anal, undang-undang demikian sebenarnya menunjukkan satu “hipokrasi moral.” -TMI-

Okey, memula aku tak faham apa yang dia maksudkan kat atas neh. Tapi setelah baca berulang2 kali akhirnya aku faham. Apa yang aku fahamkan ialah ;

1. MP tak sokong perkahwinan sesama jantina tapi sokong gay berhak bersuara.

2. Owhh yerk? Bukan kah gay memang selalu bersuara pasal hak mereka dalam perkahwinan neh? 

3. Jadi MP cuma pusing cakap je larh neh? Owh biasa.. peguam memang expert bab neh. Lupa plak aku.

4. Kesimpulannya samada MP sokong perkahwinan ka tak sokong ka bukan isu sebab MP dah sah2 sokong golongan gay neh berhak bersuara dan bebas berhimpun bagi menyatakan pendapat. Kalau mereka berhimpun,berdemo cakap nak kahwin sesama mereka apahal pula? 

5. Ya sebenarnya MP tak perlu lah buat kenyataan kontroversi macam neh. Ada betulnya juga pandangan wartawan BH terhadap MP dalam isu neh pun.

6. Seseorang tak perlu sokong dan cakap owhh gay dengan gay jangan kahwin2 yer.. tp you nak suara ka demo ka himpun ka buat majlis ka apa ka you boleh buat.. buatlah.. itu sama macam menyokong secara tidak langsung sebenarnya. Walaupun MP cakap dia tak sokong lelaki sesama lelaki berkahwin tapi dia bagi jambatan / harapan kepada golongan2 gay neh untuk bersuara dan nyatakan pendapat mereka dalam isu2 homoseks. Faham tak?

7. Ini yang kita nak cegah. Kita kalau bagi peluang, kita bagi dorang harapan. Bila dorang ada harapan, dorang akan ada usaha nak halalkan benda neh. Cara MP neh salah dan patut dikritik.

8. Sepatutnya kita cari jalan cegah dan rawat. Ini cara terbaik untuk bendung homoseks. 

9. Lagi satu MP neh bukan hanya ada peguam2 bukan islam je.. bagaimana pula pandangan2 peguam islam berhubung isu neh? Minta jawab sket. 

Bagi aku, seseorang penjenayah pun ada hak untuk bersuara dan nyatakan sebab, kenapa dia melakukan perbuatan jenayah, apatah lagi seorang lelaki gay. Tapi kalau kebebasan bersuara itu mendorong kepada perjuangan2 untuk menghalalkan apa yang haram, ini tidak boleh dibiarkan langsung.

Kalau lelaki gay itu dirompak, disamun, dan dilakukan jenayah terhadapnya, okeylah. Nak menyatakan hak2 dia dari segi neh. Tapi kalau dia nak bersuara mengenai hak2 dia di tempat kerja, tandas untuk gay, layanan kerja untuk gay, perkahwinan untuk gay.. apa benda tue? Agak2lah woitt.. janganlah songsangkan lagi budaya2 di malaysia neh. Kehidupan sekarang makin sukar dengan kesongsangan sana sini. Jangan ditambah lagi larh. Tolonglah faham.

Sozcyili : Parah