t>

Breaking News

Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam - Kempen terbaru kelab isteri taat.

Kelab isteri taat neh memang takde benda lain nak fikir dalam kepala hotak dorang. Seks, seks, seks. Terbaru dorang lancarkan kempen yang diberikan nama "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam". 

Entahlah. Apa yang perlu sangat kempen2 begini? Kenapa hanya mesti mengempenkan Rasullulah saw dari sudut pandangan seks pula? Apa motif mereka sebenarnya neh? Adakah alasan bahawa umat islam dah semakin jauh dari kehidupan sebenar boleh diterima pakai? Lalu buat kempen bebal neh? 

Sorry, bukan aku nak bebalkan depa tapi logik sikit lah weh. Umat islam dah tersasar dalam kehidupan sebenar. Dan ia bukan kena dipupuk dari segi seks. Ia kena dipupuk dari segi akidah. Akidah bersih, automatik seks pun jadi bersih. Apahal ko beria2 nak citer pasal seks sangat?

Dah terdesak ke apa? Selama neh aku fikir hanya lelaki je suka dengan benda2 seks neh. Aku tak sangka pula sekumpulan perempuan yang bertudung labuh pun minat pasal seks2 dan suka kepada cerita2 neh. Sampai sanggup buku kan bagai. Itupun nasib baik diharamkan. Aku tengok ayat bawah neh pun dah rasa seram semacam.


Bagi aku, cara dan strategi yang digunakan oleh kelab isteri taat neh tidak tepat. Ko nak mengempenkan sapa sebagai tokoh seks ka apa ka lantak ko larh. Malas aku nak campur. Tapi bila ko heret nama Rasulullah saw kat sini, benda neh jadi tak sesuai. 

Kenapa? Sebab ada perkataan seks di situ. Kalau ko cakap kempen cara hidup islamik aku rasa okey lagi. At least bila mention cara hidup islamik tue kita faham ia merangkumi cara hidup dalam "kelambu" gak.

Tapi cara ko focus pasal seks2 neh.. sangat2 lah tidak disukai oleh aku. Ko tidak membantu menyelesaikan isu gay dan homoseksual dengan cara yang betul. Bagi aku ko hanya mencemarkan imej Rasulullah SAW lagi larh ada.

Ko juga memaksa aku berfikir benda yang bukan2 pasal Rasulullah saw bila ko menamakan Rasulullah saw sebagai "tokoh seks".  Aku sarankan kerajaan ban ko sekarang. Sebelum ko semakin parah dan terlajak, lebih baik ko diharamkan. Bukan aku nak pandang yang buruk2 je pada kelab ko neh tapi masalahnya itulah yang ko sedang paksa orang pandang. Tolonglah faham.

Sumber berita : sini.

Sozcyili : Dah takde benda lain nak buat gamaknya..