t>

Breaking News

Review game "Aku Jimat" Ala Rosmah Mansur.

Nak beli cincin 24juta?

Nak beli beg tangan mewah yang berjenama?

Atau nak belajar menabung dari kecik?

Semua nya boleh dilakukan oleh korang dengan hanya bermain game terbaru yang diberikan nama "Aku Jimat". Game neh dipercayai di ilhamkan sempena rosmah mansur isteri perdana menteri malaysia sekarang. Rosmah mansur seperti yang kita tahu adalah seorang wanita yang sangat popular di malaysia.

Nama rosmah mansur juga dikenali oleh anak2 kecil. Jika dulu selalunya, isteri2 perdana menteri yang terdahulu agak tidak dikenali namun rosmah mansur berjaya mengubah persepsi itu. Disebabkan rosmah mansur sangat popular maka apa sahaja yang berkaitan dengan dia sering menjadi perhatian masyarakat.

Dari baju, gaya fashion, jenama beg  tangan termasuklah dokumen yang mencetak nama dia juga turut menjadi bualan masyarakat malaysia. Rasanya Najib pun tak diperhatikan sebegini hebat oleh orang ramai sebagaimana rosmah mansur diperhatikan. Buktinya?

Dengan kewujudan game " aku jimat " . Game "Aku jimat " neh memaparkan wajah wanita yang seolah2 rosmah mansur sebagai icon permainan. Game neh bertujuan mendidik anda menyimpan sejak lahir dan membeli apa2 sahaja yang anda inginkan dengan wang simpanan anda. 

Ketika collect wang yang ditaburkan, bom juga akan ditabur bagi mengelirukan anda. Bom [c4 ka?] neh haruslah dijauhi sebab jika anda terkena bom, usia anda akan bertambah sehari. Jadi, elok2 lah main permainan neh. Bila usia bertambah dan sampai ke usia 99tahun anda akan mati. Nanti tak sempat pula nak beli apa2 perkara yang diingini. Kan rugi.

Buat masa neh, game neh hanya boleh dimain melalui ipad dan iphone. Ianya adalah percuma sekarang. Lepas neh taktahu lah pula. Untuk pengetahuan anda, game neh juga mendapat banyak permintaan dari pegguna android. Ini satu perkembangan yang positif bagi game yang baru sepertinya. Semoga mereka yang membangunkan game neh boleh mempertimbangkan permintaan2 dari pengguna android dan lain2 OS mobile.

Lihat bawah untuk review video bagi game " aku jimat " ;

 

Pantas? Main game neh. Hadiah minggu menanti anda.

Sozcyili : Senyum, tak perlu kata apa2.