Rupanya Puteri Hang Li Po, Hang Tuah lima bersaudara tidak wujud dan teks sejarah akan diubah semula.
Memang betul larh neh. Dah sampai tahap nak ubah [betulkan semula] balik teks sejarah dan sukatan buku mata pelajaran bagi sejarah. Rupanya selama neh kita semua dihidangkan dengan sejarah palsu. Namun apa yang lebih mengemparkan, ialah bukan hanya puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara sahaja yang terlibat dalam pendongengan sejarah yang di anggap sebagai fakta neh sebaliknya ada banyak lagi dalam sejarah negeri melaka.
Dan, jika ini betul, ini bermakna selama neh kita telah dihidangkan dengan sejarah negeri melaka yang palsu. Adakah puteri gunung ledang juga adalah palsu? Adakah kisah sultan yang sanggup menumpahkan darah putera sendiri demi seorang wanita juga adalah palsu? Yelah, dah hang tuah pun tak wujud kan, jadi bila masa pula sultan arah bunuh hang tuah dan arah hang tuah pergi pinang puteri gunung ledang?
Wahhhh...
Apa salah faham yang telah terjadi neh? Ia bukan salah faham yang merujuk kepada beberapa bulan. Ia dah makan tahun malahan dah sebati dengan rakyat malaysia. Yang masih hidup dan yang telah pergi pun bersemadi dengan sejarah mengenai hal neh.
Menurut prof sejarawan yang terkenal di malaysia, kisah puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara tidak wujud. Ia adalah mitos dan kisah yang disampaikan dari satu generasi kepada generasi yang lain tanpa bukti yang sejarah yang konkrit.
Satu2 kisah sejarah itu haruslah disertakan dengan bukti yang tepat dan sahih untuk direkodkan oleh ahli2 sejarah. Namun dalam kes neh kisah puteri hang li po, hang tuah lima bersaudara dan beberapa kisah penting lain bagi sejarah melaka tidak memiliki kesahihan dari segi bukti setelah kajian demi kajian di lakukan.
Maksudnya mereka dah menyelidiki benda neh sebelum keluar statement. Itu pasal mereka sampai ke tahap nak tulis semula buku sejarah di malaysia. Maknanya memang sahih lah kisah itu dongeng je. Antara alasan yang prof beri ialah kisah puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara neh juga tiada dalam catatan dalam kisah sejarah negara china.
Negara china yang kita tahu, ada penulis sejarah yang memang gemar merekod dan menulis segala apa yang berlaku dalam tahun2 kehidupan mereka. Oleh kerana kisah perkahwinan neh ialah kisah yang besar mustahil juga tiada rekod berhubung perkara neh. Melainkan buku2 sejarah telah dibakar dan rekod lama terhapus sehingga tiada orang lagi ingat akan hal neh.
Ataupun mungkin juga nama2 berbeza digunakan bagi mengambarkan puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara. Namun, amat mustahil pula prof dan para pengkaji sejarawan yang lain tidak memikirkan kemungkinan2 seperti neh.
Apa pun, kita kini kena bersedia menerima bahawa hang li po dan hang tuah lima bersaudara tidak wujud. Hero kita tuah dan jebat sebenarnya tidak pernah wujud. Ia mungkin diwujudkan bagi memenuhi keinginan dan impian seseorang. Sama seperti twujudnya superman.
Superman wujud kerana impian dan keinginan seseorang yang ingin dibantu dan membantu. Sehingga superman dikormersilkan. Jika kita boleh mencipta hero palsu seperti superman untuk mengisi keinginan jiwa, kenapa pula salah bagi masyarakat dulu mencipta hero palsu seperti tuah dan jebat bagi mengisi masa?
Sumber kepada isu di atas ialah disini.
Sumber kepada isu di atas ialah disini.
Sozcyili : Kena baca sejarah balik..