t>

Breaking News

Identiti Abu Aqif yang menghina Ustaz Azhar Idrus terdedah dan ugutan bunuh terhadap sang pembongkar!

Itulah.

Dah cakap banyak kali. Berbeza pandangan di antara alim ulama adalah rahmat bagi umat islam. Perbezaan pandangan neh selagi mana tidak melanggar syariat dan batas dalam islam adalah rahmat dan kebaikan kepada umat islam. Bukan lah mendorong kepada perpecahan dan perselisihan faham andai masing2 berlapang dada dan saling menerima dan bertegas dengan pandangan dan pendapat masing2 menggunakan akal dan iman yang waras.

Para pengikut pun sama. Andai masing2 boleh berlapang dada betapa normalnya perbezaan pendapat alim ulama yang mana tidak melanggar apa yang telah difirmankan oleh Allah swt menerusi Alquran, sunnah dan hadis maka apa masalahnya yer? Berlapang dada dan bertukar2 fikiran sudah lah.

Namun, sikap sesetengah orang yang sering melaga2kan alim ulama agar sesama mereka [alim ulama] bergaduh dan salah sangka sesama sendiri amatlah dikesali. Salah seorang yang mempunyai sikap seperti itu dan agak terkenal di dunia online ialah insan yang bernama Abu Aqif. 

Lihatlah bukti pendedahan di bawah neh ;


Nasihat aku pada abu aqif atau nama sebenarnya encik rahman, hentikanlah sekarang segala apa yang anda lakukan sekarang. Hentikan ia sekarang juga. Sekarang dan serta merta. Tiada guna nya apa yang anda buat neh kepada umat islam. Apa agaknya yang anda dapat bila mengedit dan menguploadkan di video seolah2 para2 ulama neh di antara mereka berselisih pendapat atas perkara pokok?

Yang sepatutnya anda buat ialah berhujah secara rasional dan bertanya kalau tidak tahu. Bukan mencerca ustaz dan menasihati ustaz agar jangan mencerca sedangkan anda juga mencerca orang lain di waktu yang sama. Apa, adakah jika seorang ustaz mencerca ia berdosa dan ia tidak berdosa pula andai seorang islam yang bukan berlabel ustaz mencerca? Sama sahaja abu. Beza berat dengan ringan je timbangannya.

Apa pun, semoga dengan pendedahan neh abu aqif akan sedar akan setiap perbuatan nya kelak. Dan ingatlah sahabat2 semua, pendedahan neh bukan bertujuan untuk menghina dia. Bukan. Sebaliknya adalah untuk dia sedar dan faham bahawa dia kini sudah mula dikenali orang dan dia patut berhati2 pada masa akan datang bila saja ada niat serong nak memecahbelahkan alim ulama di malaysia neh. 

Dan kepada rakan2 semua, janganlah kita mencerca dia. Nasihatkan dia baik2. Walaupun tindakan dia jahat, tetapi dia masih lagi seorang manusia yang bernyawa. Siapa tahu dengan nasihat2 dari anda, dia akan insaf dan berubah. Sama2 doakan ye. 

UPDATED ;

Terbaru dari wall peminat ustaz azhar idrus. Baca bawah neh ;



Menurut wall terbabit, saudara rahman aka abu aqif telah menulis satu ugutan kepada sang pengupload video yang juga menyebarkan identiti sebenar abu aqif. Tidak dapat dipastikan samada benar ataupun tidak acc yang digunakan itu milik abu aqif ataupun tidak, namun jika ini ugutan yang seriyus maka adalah lebih baik jika mereka2 yang berkaitan buat laporan polis.


Namun, harus juga faham dengan perangkap lawan. Bila anda dah buat report polis, identiti anda pula akan terdedah. So macam mana? Fikirlah jalan yang terbaik. Dan buat abu aqif, orang nasihat cara baik, terima je lah. Tak perlu nak marah sangat. Bukan mereka nak cari gaduh pun. 

Sozcyili : Kantoi...