Ustaz Zaharuddin dikecam oleh penyokong taksub Anwar Ibrahim dalam isu Israel.
Tak reti membaca ?
Atau tak reti nak faham bahasa ustaz?
Aku rasa ustaz dah lontarkan pandangan yang sangat tepat bagi pihak dia. Sila lihat bawah neh ;
Bercakap dengan orang taksub neh memang payah. Mereka akan gunakan seribu alasan dan hujah bagi menafikan bahawa mereka itu taksub tetapi pada hakikatnya kita sama kita tahu betapa taksubnya mereka kepada anwar ibrahim.
Tak pelik juga kenapa ada penyokong2 kerajaan yang menganggap penyokong2 pr memperjuangkan batang tubuh anwar ibrahim dan bukan nya keadilan yang sering dilaung2kan oleh mereka. Ini kerana geng2 pentaksub neh wujud menyemak di merata2 dan sanggup menafikan segala hujah2 orang lain, even hujah orang atas pagar sekalipun di anggap mereka sebagai hujah2 tidak relevant.
Sedangkan untuk memerintah negara neh, PR perlu mendekati orang atas pagar kerana orang atas pagar ialah majoriti pengundi di malaysia. Mereka neh tidak memihak kepada mana2 parti tetapi melihat dan mengadili sesuatu isu ikut fakta2 yang di utarakan.
Jika diperhatikan statement ustaz di atas neh, ustaz melontarkan pandangan yang sangat berhati2. Dia tidak menggunakan kekasaran bahasa namun pentaksub2 dsai pula meroyan bagai di wall ustaz. Tak perlu printscreen, korang dipersilakan baca sendiri disini.
Bukan sekali dua sebenarnya ustaz menegur pemimpin. Itu bukan alasan untuk menafikan hujah ustaz berkenaan hal neh. Ustaz seringkali menegur pemimpin dan bila ustaz memberikan pandangan yang tidak selari dengan pentaksub dsai, tiba2 ustaz dikecam itu neh, konon nya bias dan macam2 lagi.
Matlamat pr telah bertukar menjadi matlamat mempertahankan dsai kah? Mungkin itu yang orang2 atas pagar akan menilai anda. Jangan salahkan persepsi orang jika anda sendiri menjurus kepada perbuatan itu.
Isu disini cukup mudah. Ustaz ada pandangan dia. Dsai ada pandangan dia. Jika pandangan dsai dihormati, maka pandangan ustaz juga harus dihormati. Apa sebab dsai berhak sokong keselamatan israel dan kita seme kena hormat dan bila ustaz tidak mahu menerima hal tersebut maka ustaz pula di kecam? Adil kah?
Anwar bebas menyokong israel. Anwar juga bebas menyokong palestine. Anwar juga bebas menyokong kedua2 nya ataupun tidak mahu menyokong mana2 pihak. Sama seperti dia bebas menyokong penyelesaian dua negara. Itu hak dia dan dia punya pasal.
Janganlah kita marahkan hak dan pendirian dia dan mengatakan israel itu neh sedangkan malaysia juga membenarkan kapal israel berlabuh di malaysia. Malahan CIMB juga menggunakan perkhidmatan perbankan internet dari israel. Dan najib juga berkerjasama dengan apco worldwide milik israel.
Jadi dalam konteks neh, jika kerajaan bn boleh, cimb boleh kenapa anwar ibrahim tidak boleh? Adakah kerana dia pakatan rakyat maka dia di larang berbuat demikian? Adakah dia kena sehaluan dan sependirian dengan pengikut2 pas dalam pakatan rakyat terutamanya?
Rasanya pkr dan dap pun tak kesah kan kalau dsai duduk semeja dengan israel, betul? So, kenapa pengikut2 pas nak marah sangat? Itu hak dan pendirian dia. Dia berhak mengutarakan pandangan dia. Hormati sahaja perbezaan neh.
Walaupun dsai dengan nyata menegaskan kenyataan dia diputarbelitkan, namun ramai orang mempunyai persepsi yang berbeza. Antaranya pandangan ustaz zaharuddin. Dsai tidak tahu, pengikut2 dsai tidak tahu bahawa rakyat malaysia mempunyai persepsi yang berbeza terhadap dsai.
Bagi mereka, anwar bukan sahaja harus menjadi baik, malahan dia juga harus dilihat sebagai baik. Dalam isu israel, anwar bukan sahaja harus dilihat sebagai pro hamas malahan dia juga harus dilihat sebagai anti-israel. Ini antara pra-syarat bagi mengekalkan sokongan orang islam terhadap anwar. Kenapa ini begitu penting? Malaysia dan israel pun okey je selama neh dan bn tetap menang tiap2 pru, kenapa?
Mudah. Ini kerana umno dilihat baik. Walaupun pada hakikatnya malaysia ada hubungan dengan israel tetapi perkara tersebut tidak nampak dan tidak diwar2kan maka rakyat tidak tahu. Bila rakyat tidak tahu bagaimana rakyat mahu persoalkan? Bila rakyat tidak mempersoalkan lalu bagaimana rakyat nak membenci dan berhujah akan perbuatan tersebut?
Umno walaupun tidak baik tetapi jika di lihat baik maka persepsi yang baik akan sering mendekati umno. Anwar walaupun mungkin bukan baik sangat [maksum] tetapi jika dilihat tidak baik maka persepsi tidak baik akan sentiasa mendekati dia. Ini perkiraan yang sangat mudah.
Kenapa anwar mesti dilihat sebagai baik pula? Mudah. Ini kerana rakyat malaysia menyandarkan harapan yang tinggi kepada anwar. Anwar ialah alternatif kepada bn. Jika anwar meniru apa yang bn buat ialah ibarat anwar memusnahkan harapan mereka yang mahukan perubahan dalam politik di malaysia neh. Ramai orang tidak faham perkara asas neh.
Itu sebab walaupun dengan sepotong ayat anwar, dia akan tetap dipersoalkan sebab dia ialah harapan orang ramai. Orang tidak suka dia begitu, dia begini, jika boleh orang nak dia tunjukkan perubahan politik di malaysia neh dengan cara yang berbeza daripada apa yang telah BN buat selama neh. Jika dia pun tunduk kepada israel sebagaimana bn menjalin hubungan dengan israel maka apa beza anwar ibrahim dan bn yang sama2 mengiktirafkan israel disini? Takde beza pun.
Pandangan anwar yang dipetik oleh media WSJ neh sebenarnya bukanlah isu sangat pun. Rasanya rata2 orang boleh menerima bahawa anwar ibrahim menyokong jaminan keselamatan terhadap israel andai palestine diberikan hak yang sama. Apa yang menjadi isu ialah ;
1. Kenapa anwar suka sangat bercakap sehingga bercakap dengan media pro zionist? Bukan dia tidak tahu WSJ = Utusan sama tapi tak serupa. Membiarkan diri bercakap di WSJ ialah ibarat dia memberikan peluang kepada media pro israel untuk spin kata2 dia. Sepatutnya dia cermat dan berhati2 memandangkan kenyataan dia seringkali menjadi perhatian.
2. Isu penyelesaian dua negara.
Aku tidak tahu pendirian orang lain, tetapi anwar sudah mengesahkan bahawa dia menyokong penyelesaian dua negara. Namun apa yang anwar sokong, tidak pula disokong oleh aku. Dan still, pendirian dia ialah dia punya pasal.
Dan pendirian aku ialah aku punya pasal. Inilah kita panggil kebebasan berpandangan. Seseorang mungkin suka air sirap dan benci minum kopi, namun seseorang yang lain pula mungkin sebaliknya.
Jika dsai rasa penyelesaian dua negara itu bagus, itu hak dia sepenuhnya. Pandangan dia belum tentu betul dan pandangan orang yang tidak bersetuju dengan dia belum tentu salah pula. Pandangan dia tidak selari dengan pendirian semua gerakan islam dan hamas. Hamas menyokong kepada keamanan dan isu penyelesaian dua negara belum lagipun menemui langkah pertama kerana ada bolak balik dari pihak barat dan israel itu sendiri.
Walaupun hamas buka pintu kepada penyelesaian dua negara namun hamas juga telah menyatakan pendirian bahawa hamas hanya akan tolerate dengan israel yang akan tolerate. Walaupun penyelesaian dua negara ialah penyelesaian yang sangat berat sebelah dan tidak adil kepada palestine namun kita menerima pakai bahawa harus ada penyelesaian antara israel dan palestine.
Jadi disini jelas ada dua isu yang rata2 pentaksub dsai tidak faham.
1. Isu kenyataan dsai di wsj.
1. Isu kenyataan dsai di wsj.
2. Isu kenyataan dsai mengenai dua buah negara.
Bersetuju dengan kenyataan di wsj belum tentu membuatkan kita juga akan bersetuju dengan kenyataan dia mengenai penyelesaian dua negara. Belajarlah jadi orang yang menerima perbezaan pendapat dan hormati pendapat orang lain.
Apa yang aku tahu belum tentu ko tahu dan apa yang ko tahu belum tentu aku tahu sebab itu kita ada ruang diskusi disini untuk share apa yang aku tahu dan apa yang ko tahu bukan untuk menafikan apa yang aku tahu dan menghentam aku hanya kerana aku menyatakan apa yang aku tahu. Itu yang pengikut2 taksub dsai kena belajar dari insiden mengecam ustaz zaharuddin dalam kes neh.
Artikel neh telah di edit.
Artikel neh telah di edit.
Sozcyili : Haizhh.. apa pun tak boleh larh.. geng2 pentaksub neh..