t>

Breaking News

Harga Minyak di Indonesia naik 44%, bagaimana dengan Malaysia?





Nampaknya kerajaan Indonesia telah membuat perancangan bahawa harga bahan api di negara itu bakal berhadapan dengan kenaikan sebanyak 44% angkara kenaikan harga bahan api di pasaran global. Jika kita rujuk harga pasaran hadapan bagi harga minyak, ia menunjukkan penyusutan dari segi harga. Tak pasti lah indonesia neh rujuk global mana kan.


Ha Ha Ha

Baca bawah neh ;

JAKARTA 31 Jan. - Naib Menteri Tenaga Indonesia, Widjajono Partowidagdo berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan harga minyak sehingga 44 peratus pada tahun ini.
Menurut beliau, tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban kerajaan yang menanggung subsidi tinggi dan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur.

"Idea itu telah mendapat sokongan daripada orang awam, ahli akademik, ahli perniagaan dan beberapa penggubal undang-undang," tambah Widjajono.

Namun di Indonesia, sebarang kenaikan harga minyak memerlukan perubahan dalam undang-undang dan kelulusan Parlimen serta Presiden.

Beberapa penggubal undang-undang turut menentangnya kerana bimbang akan melonjakkan inflasi serta menyebabkan ketegangan sosial.

Harga minyak subsidi di Indonesia pada ketika ini ialah 4,500 rupiah (RM1.52) seliter, hampir separuh daripada harga sebenar dan antara terendah di Asia.

Kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak 161.8 trilion rupiah (RM55 bilion) setahun dan pakar ekonomi berpendapat, lebih baik wang itu digunakan untuk memperbaiki infrastruktur yang teruk di negara ini.

"Kami akan meningkatkan harga minyak antara 1,000 hingga 2,000 rupiah (34 sen hingga 68 sen) tahun ini. Namun peningkatan itu akan dibincangkan terlebih dahulu di Parlimen," kata Widjajono. - REUTERS


Alasan yang digunakan oleh kerajaan indonesia ialah subsidi bahan bakar tue elok digunakan untuk perkara yang lebih memerlukan. Kadangkala idea yang baik jika tidak disusuli dengan pelaksanaan yang baik pun tak guna juga.

Idea kerajaan indonesia neh baik. Hope pelaksanaan dia pun baik lah juga kan. Cuma nya ternanti2 juga apakah di malaysia nanti kita akan berhadapan dengan situasi dan alasan yang sama ye? Rasanya kerajaan pun dah lama tak naikkan harga minyak neh. Mungkin apa yang indonesia rasa akan dirasai oleh rakyat malaysia pula.  Sama2 nantikan.

Sozcyili : Utusan bagi hint je kot neh?