t>

Breaking News

Betul ke PKR bela orang yang hina islam dan Twitter penuh berhubung kes Najeed A Kashgari, Kolumnis Arab Saudi.

Betul ke ini kenyataan rasmi dari PKR? Kenyataan rasmi dari surendran neh mewakili PKR ataupun mewakili tugas dia sebagai peguam yang dipercayai ditugaskan untuk membela kolumnis arab saudi neh? Cuba baca balik ayat kat bawah neh betul2.


KUALA LUMPUR, 12 Feb - Naib Presiden PKR N. Surendran mengecam tindakan Putrajaya menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi Mohammad Najeeb A. Kashgari yang akan berdepan hukuman berat selepas didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Mohammad Najeeb, atau Hamza Kashgari, yang melarikan diri dari Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu sebelum ditahan pihak berkuasa Malaysia.
Hamza mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan satu kenyataan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahan rakyat negara itu.
“Hari ini Hamza Kashgari telah dihantar pulang ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia di mana dia bakal berdepan hukuman mati. Kami mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kerana menghantarnya pulang untuk berdepan hukuman mati berdasarkan komen di Twitter.
“Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang Malaysia,” kata  Surendran (gambar) dalam satu kenyataan.
Beliau menambah Mahkamah Tinggi juga telah mengeluarkan perintah sementara untuk menyekat penghantaran pulang Hamza yang berusia 23 tahun.
“Perintah itu bermakna hakim Mahkamah Tinggi telah menemui asas aduan Hamza tentang penahanan tidak sah oleh pihak berkuasa Malaysia dan penghantaran pulang juga menyalahi undang-undang. Apa alasan kerajaan untuk menghantar pulang Hamza?
“Tiada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Arab Saudi dan kesalahan yang dilakukan Hamza bukan satu kesalahan yang boleh membawa hukuman bunuh di Malaysia. Tindakan itu tidak mengikut lunas-lunas perundangan dan perlembagaan,” katanya menambah ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia termasuk Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Sedunia. 
Terdahulu  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penahanan Hamza dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.
Beliau berkata penghantaran pulang lelaki itu dibuat berdasarkan perjanjanjian yang membolehkan mana-mana individu yang dikehendaki oleh sesebuah negara dihantar pulang ke negara masing-masing.
Tegas Surendran, tindakan Kementerian Dalam Negeri dan polis yang tidak memberikan maklumat tepat tentang status Hamza kepada peguam dan rakannya bertentangan dengan undang-undang.
“Maklumat penting yang dirahsiakan ini menyalahi undang-undang dan membuktikan penghantaran pulang ini telah dirancang.
“Adakah ini contoh amalan demokrasi bertaraf dunia (Datuk Seri) Najib (Razak)? Perdana Menteri mesti bertanggungjawab di atas tindakan yang menyalahi undang-undang dilakukan kerajaan dan harus menjawab persoalan ini,” katanya.
Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.
Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad yang disukai dan tidak disukainya.
Media negara itu melaporkan susulan tulisan lelaki itu, sebanyak 30,000 entri Twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.
Sementara itu peguam hak asasi  Fadiah Nadwa Fikri dalam tulisan di Twitter berkata Hamza telah dihantar pulang ke Arab Saudi menaiki penerbangan pukul 10 pagi tadi.
“Pegawai Baharuddin mengesahkan Hamza telah dihantar pulang pukul 10 pagi ditemani Timbalan Ketua Polis Negara.
“Pegawai Imigresen KLIA memaklumkan Hamza dihantar pulang tanpa diambil keterangan,” katanya.
Beliau menambah pihak berkuasa melakukan pembohongan dengan memberitahu peguam tengahari tadi bahawa Hamza masih berada di ibu pejabat polis.-tmi-

Dari apa yang aku faham ialah ;

1. Surendran bercakap atas kapasiti peguam. Aku pun tak faham kenapa tmi highlightkan isu jawatan dia dalam pkr tue.

2. Suara surendran belum tentu mewakili suara pkr.

3. Surendran mungkin individu yang bertanggungjawab untuk membela kolumnis tue. Takpun dia saja2 nak menyibuk. Tak kisah lah apa pun peranan dia tapi isu neh damage bagi pkr andai surendran teruskan tindakan seperti neh.

4. Kenapa? Sebab pkr = parti politik. Memang suara surendran bukan mewakili pkr tapi ini soal persepsi. Kalau pun surendran bertegas nak bela kolumnis tersebut pkr juga perlu bertegas menunjukkan bahawa surendran bersendirian dalam hal neh, pkr tidak terbabit sama. Beza pandangan itu normal. At least ada hujah yang boleh menunjukkan bahawa surendran dan orang2 dalam pkr berbeza pandangan.

5. Maza juga menyokong tindakan kerajaan malaysia. Rujuk sini.

6. Tindakan yang dikatakan sebagai menghina oleh kolumnis terbabit boleh dirujuk kat bawah neh ;


7. Aku tidak mahu menilai apa2. Cuma aku percaya dia sedang dalam kekeliruan. Namun itu bukan alasan untuk mengelirukan orang lain pula. Aku merujuk kepada tindakan Ambiga disini. Lihat bawah neh ;

8. Bagi pandangan aku, isu neh Ambiga jangan masuk campur kalau boleh. Sebab apa? Sebab Najeeb neh dah di anggap hina Rasul Allah swt. Ambiga dah ada nama yang serong. Jika Ambiga masuk campur orang islam akan ada persepsi tertentu terhadap Ambiga. Lagi satu mengenai isu kolumnis neh. Memang betul dia berhadapan dengan hukuman gantung. 

Tetapi belum tentu dia akan digantung. Arab Saudi nak membicarakan kes tersebut. Biarlah mereka selesaikan masalah negara mereka. Kenapa kita seme kena menyibuk urusan negara orang lain? Apatah lagi menghalang pula perbicaraan daripada berlaku? Hamza melarikan diri sebab dia rasa dia akan digantung. 

Tetapi pada pandangan aku adalah lebih baik hamza minta maaf dan berjanji jangan ulangi perbuatan terbabit. Senang cakap hadap sahaja perbicaraan tersebut dengan lapang dada. Sepatutnya peguam tolong nasihatkan anak guam ikut laluan yang betul. Aku bukan merujuk kepada surendran dan ambiga sebab aku pun tak pasti apa jek hubungkait ambiga dan surendran dengan hamza neh tapi cakap secara general jek. Jangan salah faham.



Sekali lagi aku percaya kita seme tidak perlu bersikap memihak dan mengaitkan ia dengan mana2 parti politik serta apa2 pertubuhan. Kadang2 mereka2 neh bercakap dulu tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.

Mereka akan cakap, cakap dan cakap. Selepas dihentam barulah sibuk nak perbetulkan segala bagai. Bila orang dah sangka buruk baru sibuk2 nak defend diri. Tapi sebelum cakap langsung tak reti nak fikir akibat dan sensitiviti orang lain. Aduhaii.

Tapi walau bagaimanapun itu tetap bukan alasan nak mengaitkan isu neh dengan pkr dan bersih. Dalam pkr bukan surendran yang menentukan dasar parti dan halatuju perjuangan. Dalam bersih pun sama. Ambiga bukan penentu. Harap maklum.

Sozcyili : Arab Saudi mungkin akan tarbiah najeeb neh.. janganlah over2 thinking konon nya arab saudi akan terus bunuh dia tanpa pembelaan. Adoii.