[Video] Layani Anak Anda dengan Penuh Kasih Sayang.
“Tidaklah dari golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua dan mengasihani anak kecil” Hadith Riwayat At-Tabrani. Hadith di atas menunjukkan betapa pentingnya kasih sayang.
Nikmat kasih sayang adalah anugerah terbesar dari Allah kepada kita semua. Jika direnungkan nama Allah yang sering disebut juga berkaitan dengan kasih sayang iaitu Ar-Rahman dan Ar- Rahim. Semua pekerjaan bermula dengan kalimah ini.
Khasiat kasih sayang ini sangat penting dalam kehidupan termasuklah intitusi keluarga Islam/ Baitul Muslim. Ia amat diperlukan bagi sokongan tumbesaran mental dan fizikal anak-anak. Bagi anak yang mendapat limpahan kasih sayang, mereka akan membesar dalam keadaan yang berani, bersemangat tinggi kerana mempunyai dorongan yang padu daripada ibu bapa.
Memberi kasih sayang dan meluangkan masa berkualiti melakukan aktiviti bersama-sama anak adalah merupakan cara terbaik menghargai mereka. Penghargaan dalam bentuk aspirasi, ucapan dan luangan masa adalah penghargaan yang terbaik dan tiada tandingannya. Bagi timbal baliknya, anak anda juga pasti menghargai anda suatu hari kelak sepertimana anda hargai mereka.
Akhir kata, sepertimana kita yakin dan percaya bahawa Allah berada di mana-mana, begitu jugalah kasih sayangNya meliputi segalanya.
Salam penuh kasih sayang.
Artikel ini ditulis oleh Teacher Ayu, tenaga pengajar Excel Qhalif Playgroup.Sehubungan dengan itu juga, Excel Qhalif dengan berbesar hati menjemput ibubapa dan anak-anak yang berminat menyertai kelas playgroup ini secara PERCUMA pada setiap Sabtu. Penyertaan hanya terhad kepada 5 pendaftran sahajasetiap minggu. Sila hubungi Teacher Ayu di talian 019-6692284 untuk pendaftran dan pertanyaan lanjut. (SMS/TEL)