t>

Breaking News

Harga Emas, Minyak Naik Tahun Ini





Sila bersiap dan bersedia dengan segala kemungkinan. Sepanjang dua minggu kebelakangan neh kita telah dihadapkan dengan berita2 mengenai kenaikan harga minyak. Dalam tv pun begitu kalau ada yang suka menonton berita bisnes / ekonomi di awani. 


Lihat bawah neh ;

KUALA LUMPUR – Harga emas dan minyak dijangka naik tahun ini ekoran sentimen positif bagi kedua-dua komoditi itu dalam kelembapan ekonomi global, kata Standard Chartered Bank.

Ketua Pakar Strategi pelaburan pengurusan kekayaan kumpulan perbankan konsumernya, Steve Brice, berkata harga emas dijangka mencecah purata AS$1,975 seauns dalam suku keempat, disebabkan oleh empat faktor.

“Faktor-faktor itu ialah tahap hutang yang tinggi di Barat; kadar faedah sebenar yang negatif; permintaan tinggi dari China dan India serta bank-bank pusat; dan bekalan terhad logam berharga itu,” katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan tidak menentu ekonomi global yang berterusan telah merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif lindung nilai berbanding pelaburan yang lebih berisiko.

Beliau berkata harga minyak dijangka meningkat kepada AS$100 setong dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini ekoran risiko geopolitik di Timur Tengah dan permintaan kukuh dari pasaran-pasaran baru muncul, terutama China.

“Kami tidak menjangkakan sebarang penurunan harga minyak tahun ini,” katanya.

Mengenai ekuiti, beliau berkata bank itu membuat saranan ‘neutral’ ke atas pasaran ekuiti Malaysia. Brice berkata pasaran ekuiti negara ini mencatatkan prestasi kukuh tahun lalu secara relatif.

Bagaimanapun, katanya, harga ekuiti telah meningkat selepas itu dan lebih mahal sekarang. – BERNAMA

Sozcyili : Time minyak turun harga takde pula berita nak siarkan.. herm..