t>

Breaking News

Mahathir Nasihatkan Shahrizat.


Mungkin ini sesuatu yang Shahrizat patut peduli. Cuba teliti dan fahamkan betul kata2 Mahathir berhubung isu NFC neh. Harap Shahrizat boleh pertimbangkan nasihat yang baik dari shahrizat neh. Bukan apa bila fikir2 balik memang betul sesangat apa yang Mahathir sebutkan neh. 

Lihat bawah ;


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran supaya lebih menyayangi Umno dengan meletakkan jawatan daripada menyayangi jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang disandang kerana masalah peribadinya boleh menjejaskan parti.

"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini.

Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa.
"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.

"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," sindirnya.-MKINI-

Harap shahrizat boleh fikir masak2 di atas nasihat mahathir neh.

Sozcyili : Letak jawatan ka tak letak ka .. isu nfc tetap perlu diadili dengan telus.