t>

Breaking News

Balai polis kena serang dengan penduduk sebab polis lempar helmet kat bebudak rempit.

Apalah nak jadi. 

Insiden melibatkan polis semakin lama semakin menjadi2. Jika semalam kita dikecohkan dengan isu polis tendang motorsikal budak sehingga menyebabkan budak berusia 14 tahun koma, baca sini,  kali neh kes terbaru yang membabitkan polis [macam skandal pula] ialah insiden di mana polis melemparkan helmet kepada sekumpulan mat rempit sehingga menyebabkan mereka jatuh motor dan cedera.

Baca bawah neh ;

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang meminta penduduk di sekitar Teluk Bahang bertenang dan memberi masa kepada pihak polis menyelesaikan siasatan kes serangan balai polis di situ oleh kira-kira 100 orang kampung yang kurang senang dengan sikap seorang anggota polis ketika menjalankan tugas membanteras mat rempit.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata anggota polis yang berpangkat lans koperal itu sudah ditukarkan ke unit lain dan siasatan terhadapnya masih
dijalankan.
"Polis memandang serius perkara ini. Kita tidak berniat untuk menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan awam... sesiapa yang didapati bersalah pasti
dikenakan tindakan undang-undang.
"Justeru, kita minta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberi kenyataan untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
Beliau berkata sehingga kini empat laporan polis dibuat berhubung kes itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam Sabtu, anggota polis itu didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit yang sedang menunggang motosikal sehingga menyebabkan lima daripada mereka terjatuh.
Dua daripada mereka yang parah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Akibat insiden itu, kira-kira 100 penduduk di kampung terbabit berang dan membaling batu dan kayu ke arah balai polis kira-kira pukul 6.30 Ahad.
Mereka bersurai empat jam kemudian setelah rundingan antara pegawai polis dan wakil penduduk berhasil. - Bernama

Sekali lagi nama baik polis menjadi pertikaian disini. Majoriti masyarakat suka mencari salah samada polis ataupun budak2 yang merempit tue tanpa menyelidiki fakta sebenar terlebih dahulu. Suka sangat taking side, senang cakap lah.

Sepatutnya dalam insiden macam neh, kita perlu mendengar hujah dari kesemua pihak. Komen2 yang memaki hamun polis tidak perlu wujud dan komen2 yang memadammukakan nyawa mat2 rempit tue pun tak sepatutnya ada.

Apakah polis bukan manusia dan apakah nyawa mat rempit boleh diperlekehkan hanya semata2 mereka manusia yang tersasar? Sudah tentu bukan. Walaupun ada polis yang jahat tetapi tak adil lah kalau badan kepolisan itu dikecam secara general. Bersikap lah adil walaupun kepada orang yang kita tidak suka.

Dalam kes neh kalau dibaca menerusi artikel di atas aku dapati ;

1. Polis sedang melakukan operasi cegah mat rempit.

2. Tak pasti kenapa polis melemparkan helmet sehingga menyebabkan mereka terjatuh tetapi mungkin ada sebab tertentu yang perlu kita ambil tahu sebelum melulu menuduh polis. kita tidak tahu keadaan dan situasi yang sebenar sehingga membolehkan kita melulu meletakkan kesalahan ke atas bahu polis 100% der. 

3. Namun tidak dinafikan perlunya difahamkan apa itu SOP polis ketika bertugas. Adakah mereka benar2 mematuhi SOP tersebut?

4. Budak2 rempit tue tercedera parah dan family mereka mengamok. Itu baru sikit der. Itu baru anak sendiri yang cedera. Cuba bayangkan jika mereka merempit dan menyebabkan orang lain tercedera? Tak sepatutnya serang balai polis. Dan tak sepatutnya meletakkan kesalahan ke atas bahu polis 100% tanpa menilai kesalahan anak sendiri.

Itu kalau artikel di atas neh menulis dengan fakta. Kalau, bukan budak2 rempit yang kena lempar dengan helmet, itu dah jadi kes lain. Sebab laporan media sekarang neh kita tak boleh nak percaya bulat2 tanpa selidiki ia terlebih dahulu.

Sebab tue ada baiknya jika kita mendengar dan menilai hujah dari semua pihak bagi mendapatkan gambaran sebenar sebelum boleh menyalahkan polis ataupun budak2 yang dipercayai merempit tue. 

Apa pun, polis kini berhadapan dengan tanggapan negatif sesetengah pihak dan ia semakin lama semakin buruk dan teruk. Sebab tue dari awal lagi polis harus membebaskan diri dari unsur2 politik. 

Terlajak kata boleh minta maaf, terlajak perbuatan boleh bertaubat tapi kalau dah terlajak memberikan persepsi dan gambaran buruk sehingga menghakis kepercayaan masyarakat, ia bukan kerja mudah untuk membetulkan tanggapan tanpa usaha ke arahnya. Bai.

Sozcyili : Baru balai kena serang.. belum lagi polis yang serang.. marah betul penduduk di situ ye.