Ketua Polis Dubai ugut Yusuf Qardhawi.
Dah takde kerja kot. Sibuk jek nak ugut2 ulama.
Baca kat bawah neh ;
Ketua Tertinggi Polis Dubai, Dhohi Khalfan mengugut ulamak terkenal dunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi di laman Twitternya untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Syeikh Qardhawi itu ekoran kritikan beliau terhadap negara Emiriah Arab Bersatu (UAE). Syeikh Qardhawi mengkritik pimpinan negara tersebut ekoran keputusan kerajaan UAE yang menghantar pulang rakyat Syria yang menyertai demonstrasi di luar pejabat Konsulat Syria di Dubai. Ekoran tindakan itu, Syeikh Qardhawi mengkritik negara UAE sewaktu diwawancara oleh stesen televisyen Al-Jazeera dalam rancangan “Syariah dan Kehidupan”.Beliau berkata, ” Pemimpin-pemimpin UAE bukanlah Tuhan bahkan manusia biasa dan mereka (rakyat Syria tersebut) tidak mempunyai wang. Haram ke atas mereka diusir sekitar 100 keluarga Syria yang menentang rejim. Tidak boleh menghalau mereka keluar dari negara dan melucutkan kerakyatan dari anak watan sendiri, maka saya nasihati mereka (pimpinan negara UAE) agar bertakwa kepada Allah pada ahli keluarga mereka, apa yang mereka lakukan terhadap rakyat Syria tersebut, tidak boleh melakukan manusia lain seperti hamba.”Pihak berkuasa UAE beberapa hari lalu memansuhkan visa kepada beberapa orang warganegara Syria yang menetap di negara UAE ekoran penglibatan mereka dalam satu himpunan anti-Basyar di hadapan pejabat kedutaan Syria di Dubai.-HM-
Salah ke dia cakap macam tue? Dah terang2 UAE menghalau orang yang tidak bersalah takan nak suruh ulama membenarkan tindakan tersebut pula? Berani lue tahan Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi, berani lue hadapi mass demo besar - besaran umat islam seluruh dunia. Ingat tue.
Sozcyili : Polis takde akai.