Baling helmet: Anggota langgar SOP, akui IGP
Lambat juga ye PDRM memberikan respon balas mengenai isu neh. Rasanya dah dekat sebulan kot kes neh berlalu. Apa pun kat bawah neh jawapan dari PDRM sendiri. Nampaknya memang betul terdapat pelanggaran SOP ketika pegawai polis menjalankan tugas membanteras gejala rempit.
Pihak polis mengakui anggotanya yang terlibat dalam insiden membaling topi keledar ke jalan raya sehingga menyebabkannya penunggang motosikal terjatuh dan cedera serius di George Town telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).
"Kita mendapat pengaduan bahwa ada kumpulan mat rempit yang mengganggu masyarakat. Jadi polis pun respons, dua orang (anggota) sahaja yang sampai.
"Jadi budak yang bertugas itu saja tidak mengikut SOP," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media di Bukit Aman semalam.
Beliau bagaimanapun berkata ia kes yang jarang berlaku dan polis menyedari perbuatan itu dan sudah membetulkannya.
Malah, katanya pendamaian dengan penduduk setempat sudah dibuat setelah mengadakan rundingan dengan mereka.
Seorang wanita Zaleha Mohd pada 16 Mac lalu memohon polis mempercepatkan siasatan terhadap anggotanya yang didakwa melempar topi keledar ke jalan raya sehingga menyebabkan cucunya jatuh daripada motosikal di Jalan Teluk Bahang pada 4 Mac lepas.
Cucunya Mohd Afiq Rozaimi, 18, antara 15 remaja yang menunggang motosikal secara berkumpulan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang apabila anggota polis berkenaan melempar topi keledar.
Ekoran kejadian itu, lebih 100 orang penduduk kampung melontar batu ke arah Balai Polis Teluk Bahang kerana berang dengan tindakan itu sehingga perjumpaan dengan penduduk terpaksa diadakan. Seorang anggota polis berpangkat lans koperal juga ditukarkan ke unit lain sementara menunggu siasatan.-MKINI-
Jadi kiranya kes neh selesai atau apa? Sebab polis dah mengakui bahawa mereka silap. Harap2 pdrm juga boleh mengenakan tindakan ke atas pegawai polis yang bersubahat menculik remaja 15 tahun bernama fatihah baru2 neh. Jangan bias. Mencemarkan imej pdrm je kalau pegawai polis terbabit tidak dikenakan hukuman yang setimpalnya.
Sozcyili : Baguslah.. dah mengaku salah. Kalau kes aminul rashid polis bersikap macam neh kan bagus..