t>

Breaking News

Wanita Umno negeri: 'Kamilia, jangan buat hal'


Kesian kamelia. Dia cuma meluahkan apa yang diluahkan oleh akar umbi = ahli2 umno yang setia dan yang benar2 memperjuangkan hak rakyat. Tidak patut marahkan dia semata2 dia bercakap benar dan jujur. Nanti umno kalah besar, sapa nak bertanggungjawab?

Kat bawah neh ialah kenyataan akhbar exco wanita umno malaysia yang mewakili negeri2. Herm.. sepatutnya satu hati menolak kemungkaran. Bukan ada yang sokong, ada yang tolak. Kalau macam neh memang lah bertelagah sampai bila2. 

Sebab tue lah ramai orang taknak sokong umno lagi. Sebab ada individu2 yang melebih2 membela pemimpin daripada dasar perjuangan parti itu sendiri.

Baca kat bawah neh ;


KENYATAAN AKHBAR
EXCO PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
DAN KETUA WANITA UMNO NEGERI-NEGERI

KENYATAAN AKHBAR DATO’ HJH KAMILIA HJ IBRAHIM
DALAM THE STAR BERTARIKH 22 MAC 2012 (KHAMIS)

Kami, Exco Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO Negeri-Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Kamilia Dato’ Hj Ibrahim dalam The Star bertarikh 22 Mac 2012 (Khamis) yang mendesak YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi. Malah sokongan kepada YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor.
Kami selaku Exco dan Ketua UMNO Wanita Negeri-Negeri ingin menegaskan bahawa kami akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.
22 MAC 2012 (Khamis)

Sozcyili : Benda salah pun nak bela ka?