t>

Breaking News

Baling selipar penjara setahun, merompak berjuta2 pun dipenjara setahun - Only in Malaysia.

Tahu kah anda apa hukuman yang akan dikenakan terhadap anda jika membaling selipar dalam mahkamah?

PENJARA SATU TAHUN.

Baru2 neh seorang imam marah kerana kes nya diadili dengan berat sebelah lalu melemparkan selipar ke arah hakim sebagai tanda protes.  

Ujar imam terbabit ;

Hoslan Hussin, 46, yang mencetus kontroversi ekoran tindakannya membaling kasut ke arah hakim Mahkamah Persekutuan Rabu lalu kesal kerana penyelewengan yang didakwa berlaku di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan tidak mendapat perhatian.

NONEHoslan mendakwa, tindakannya  yang sering menimbulkan dakwaan penyelewengan itulah yang menyebabkan dia dipecat daripada jawatannya sebagai imam rawatib dan seterusnya diusir keluar daripada kuarters masjid tersebut.

Beliau mendakwa, dakwaan penyelewengan berjumlah "ratusan ribu" itu antara lainnya melibatkan bayaran sewa tanah masjid, kutipan daripada tabung masjid dan juga sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Beliau mendakwa, penyelewengan itu berlaku sejak tahun 1990-an lagi. -MKINI-


Kesan yang imam neh terima akibat melawan penyelewengan ialah ;

1. Dipecat dari jawatan imam.

2. Dihalau keluar dari kuarters. Dia mempunyai 7 orang anak dan seorang isteri. Di halau dari tempat kediaman serta merta, tidak kah itu satu tindakan yang kejam? Walaupun sememangnya dia tidak layak duduk di kuarters tersebut sebab telah dipecat namun logik kah dipecat kerana membangkitkan isu penyelewengan?

3. Dihukum penjara setahun kerana menghina mahkamah apabila dia membawa kes penyelewengan ke mahkamah sivil dan marah apabila hakim memutuskan untuk menutup kes tanpa mendengar perbicaraan.

Dalam kenyataan terbarunya, imam tersebut telah meminta maaf kepada hakim tersebut kerana keliru dan tidak memahami kes tersebut sepatutnya dikendalikan di bawah mahkamah syariah, dan bukan nya sivil. Hakim pun satu, patut bagitau lah clear2 guna bahasa yang orang mudah faham bukan mengelirukan orang then hukum orang yang menzahirkan emosi kerana tersentak dengan kebiasan undang2. 

Tak sepatutnya hakim bersikap tegas tak bertempat. Apatah lagi bila imam tersebut dah menjelaskan bahawa dia terkeliru bagaimana kes tersebut harus dibicarakan. Mana nak tahu apa itu sivil dan syariah kalau tak di beritahu? Aku pun ingat syariah selama neh untuk kes kahwin cerai dan zina jek. Logiklah sikit hakim pun.

Tapi yang hairan nya, kes penyelewengan dan rompakan besar - besaran yang dilakukan oleh seorang bekas menteri besar juga menerima hukuman yang sama sebagaimana yang bekas imam neh terima. Bezanya imam neh menentang penyelewengan, yang lagi sorang tue melakukan penyelewengan. Itupun dia ada ahti buat rayuan supaya boleh elak dari dipenjarakan, imam neh tahu dia buat apa? 

Lihat bawah ;


Solat sunat.

Semoga bekas imam terbabit bersikap tabah dan sabar. Semoga isteri dan anak2 dia dapat menempuhi hidup dengan sabar selama suami dan bapa mereka dipenjarakan setahun. AllahuAkhbar. 


Sozcyili : Nampak sangat tidak adil..