t>

Breaking News

Siling Pejabat Tanah dan Galian Perlis Runtuh.

Nasib baik takde sapa yang meninggal ataupun tercedera. Kejadian berlaku malam tadi. Sejak dua hari lepas, hujan tak henti2 turun. Taktahu kenapa. Bukan kat kawasan kl jek kat perak neh pun hujan tak berhenti2. Mungkin musim hujan kot? 

Paras air semalam dah naik kat kawasan rumah aku sebab berdekatan dengan sungai jadi banjir sikit lah. Takde banyak sangat.. naik sikit jek. Takde lah banjir macam kl ari tue.

Ha Ha Ha..

Baca bawah neh. Lagi kes "runtuh" berlaku di malaysia ;

Siling Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Jalan Penjara di Kangar runtuh malam tadi berikutan hujan lebatKejadian itu menyebabkan sebahagian besar ruang pejabat digenangi air dan peralatan pejabat termasuk komputer dan dokumen tertentu mengalami kerosakan. Pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ini ketika hujan lebat.    

Runtuhan dipercayai berpunca daripada masalah saluran paip di bahagian bumbung tersumbat menyebabkan air melimpah dan memasuki ruang siling pejabat sehingga mengakibatkan siling itu runtuh.
    
Mat Rawi ketika ditemui pemberita lewat semalam berkata kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas di situ dan telah memaklumkannya kepada kakitangan pejabat itu. Katanya beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis mengambil tindakan segera membaiki segala kerosakan dan mengkaji tahap keselamatan bangunan yang berusia hampir tiga puluh tahun itu.
    
Kerja-kerja awal seperti pembersihan lantai bangunan dijalankan serta merta termasuk kawalan sistem elektrik sementara kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
    
"Akibat kejadian itu, sistem pendaftaran berkomputer seperti hak milik, pindah milik dan gadaian serta sistem pungutan hasil tanah diberhentikan seketika atas nasihat Bahagian Letrik JKR untuk mengelak berlaku litar pintas," kata Mat Rawi yang diiringi Pengarah tanah dan Galian Perlis, Hisan Abu Bakar.
Bagaimanapun, katanya kejadian itu hanya menyebabkan gangguan tugas pada Unit Pendaftaran kerana rangkaian komputer di situ telah terjejas manakala bahagian-bahagian lain akan beroperasi seperti biasa.
    
- Bernama

Moga2 ada siasatan lanjut dilakukan. Kadang2 pelik juga kenapa mudah sangat bangunan2 kat malaysia neh runtuh. Kalau kita baca laporan di atas tue dia tulis saluran paip tersumbat. Tue nak kena kaji gak tue kenapa ia tersumbat kan? Moga2 pihak yang berkenaan buka kes dan siasat. 

Sozcyili : Kalau binaan tak berapa cekap.. kadang2 boleh mendatangkan kesan..