Betul ke ada TREND gantung anak patung bawah kereta?
Dapat satu info via email tadi.
Apa yang tertera kat situ ialah ;
TREND: Menggantung anak patung di bawah bumper kereta
PENJELASAN: Ini adalah budaya orang Thailand yg mana mereka percaya tujuannya adalah untuk menghalau roh-roh jahat/roh-roh mereka yang mati kemalangan daripada mengganggu mereka.
ISU: Wahai saudara seagamaku sekelian (lebih sedap disebut Melayu sb yg satu ini mudah & sgt suka sekali meniru - MAAF), sila pastikan anda selidik dahulu ttg sesuatu trend yg dibawa dr luar akn tujuannya, jgn jd pak turut, nampak cantik/comel terus nak buat.
- Sekadar perkongsian (jika salah tolong perbetulkan).
Tahun lepas ketika bercuti ke lumut pernah nampak ada kereta buat macam neh. Tapi tak pasti orang melayu atau apa. Boleh jadi pelancong thailand yang datang melawat ke malaysia. Atau memang dia orang thailand. Segala nya ada kemungkinan dan susah juga nak tuduh melulu kan?
Dan susah juga nak anggap benda neh trend sebab jarang ataupun sukar nak nampak orang2 kita buat macam neh. Itu kat tempat aku la. Kalau kat kawasan lain tak pasti pula. Ke memang ia trend di sesetengah kawasan or negeri? Kalau ye itu lain citer lah kan.
Cuma diharapkan jika ada yang terikut2 tue better kita selidik dulu apa benda yang kita ikut. Jangan main follow je la. Mungkin niat kita suka2 tapi kadangkala orang yang tak faham niat kita mungkin salah faham dengan menganggap kita meniru budaya orang. Bai.
Sozcyili : Dah tak terikut trend.. banyak sangat..