t>

Breaking News

Jalan-jalan dakwah yang kejam kepada Natasha Loffa, gadis pemegang botol arak.

Satu gambar kontroversi.


Bergabung dengan satu komen kontroversi.


Boleh menghasilkan pelbagai tindakan balas.


Facebook bukan tempat untuk berkongsi apa saja.

Natasha loffa,

Kepada pemilik gambar di atas neh. Aku taktahu kenapa gambar di atas neh boleh tersebar. Aku taktahu dalam keadaan macam mana ko boleh mengeluarkan komen seperti di atas neh. Tetapi ketahui lah minum arak pun ialah satu maksiat. 

Duduk dalam hotel dengan lelaki seperti di dalam gambar di atas pun di kira maksiat. Maksiat  bukan bermaksud seks. Kalau nastasha tidak faham, takpe, kita akan terangkan kepada natasha. 

Maksud maksiat ialah ;

Maksiat secara ringkas bermaksud PERBUATAN yang menyebabkan dosa besar.
Jadi, siapa yang buat maksiat, dia akan dapat dosa besar.

Antara maksiat yang popular ialah:


1. Syirik.
2. Derhaka dekat mak bapak.
3. Judi.
4. Arak.
5. Mengumpat.
6. Menfitnah.
7. Zina (benda pertama yang melintas dalam kepala otak kebanyakan orang kita apabila perkataan "maksiat" disebut).

Kalau perbuatan yang menyebabkan dosa kecil, tu bukan maksiat.

Wallahu a'lam. - Halaqah-

Sudah faham apa maksud maksiat natasha? Arak = maksiat juga. Semoga selepas memahami apa itu maksiat..  anda patut faham dalil perbuatan anda. Maksiat yang dilakukan sembunyik2 berbeza dengan yang sengaja dipamerkan kepada orang lain. 

Jika anda sorok2 ada maafnya lagi kami perlu tutup perbuatan tersebut. Jika anda beria2 tayang dan berbangga dengan nya maka tak hairan mengapa ia sukar bagi mereka untuk mengenepikan tindakan anda yang langsung tidak masuk akal. Berfacebook bukan bertujuan mendedahkan kemasiatan dan berbangga dengannya.

Dan kepada penasihat2, kata2 nista dan tuduhan melulu kepada natasha tidak perlu wujud. Jangan jadikan jalan2 dakwah itu sebagai kejam dan bersifat menghukum. Jika anda faham betapa besarnya pahala berdakwah sudah tentu anda faham untuk menggunakan cara berdakwah yang betul dan tepat bagi kes natasha. Bai

Sozcyili : Ada 7 orang likes komen natasha..