t>

Breaking News

Betul ke tiga kanak-kanak ini teraniaya bawah JKM?


Tak boleh nak tuduh2. Kena dengar kes neh sampai ke saat terakhir. Senang cakap kena dengar penjelasan dari kesemua pihak yang terlibat. Tapi kalau kes ini benar, JKM tak boleh lah buat anak orang macam neh. 

Kalau dipertanggungjawabkan untuk jaga anak orang, jagalah dengan amanah dan betul2. Jangan kerana dia anak orang miskin korang jaga sambil lewa dan cikai2. Tak boleh macam tue. Janganlah memalukan nama baik JKM.. 

Dan aku setuju sangat dengan tindakan ibu neh, pulangkan jek balik anak2 dia kat dia semula. Biar dia jaga jek anak2 dia sendiri. Habis citer. Maybe faktor wang dia tak boleh nak melawat anak2 dia kat JKM tue.. tapi bila dah melawat haru biru perasan dia bila tengok anak2 dia makin teruk, so better pulangkan jek balik anak2 dia. Settle masalah. 

Apa pun kita tunggu penjelasan lanjut dari JKM sebelum membuat kesimpulan melulu. 

Baca bawah neh ;


JOHOR BAHRU: “Memang saya orang susah dan tak mampu jaga anak dengan baik, tapi saya tak sanggup lihat anak diperlakukan begitu. Jadi saya rayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pulangkan semula tiga anak saya.

“Saya lebih rela beri anak makan nasi berlauk kicap setiap hari daripada melihat mereka membesar dalam keadaan serba kekurangan di rumah perlindungan JKM.”

Itu rayuan seorang ibu tunggal, Noor Hamidahwati Abdul Hamid, 31 yang mendakwa tiga anaknya tidak dijaga dengan baik sejak ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak kelolaan JKM di Kuantan, Pahang, setahun lalu.

Tiga anaknya yang mendapatkan perlindungan di situ ialah anak kedua, Muhammad Imran Hakim Abdullah, 9, Nur Fatin Nadiah, 7, dan Nur Hamzah Nadiah, 5, manakala anak sulungnya, Nur Aini Nadirah Abdullah, 11, tinggal bersamanya.
Noor Hamidahwati yang lebih mesra dengan panggilan Hamidah berkata, ketika mengunjungi tiga anaknya itu di rumah perlindungan berkenaan 10 Mac lalu, dia terkejut dan sedih apabila keadaan fizikal mereka berubah berbanding sebelumnya.

metro/-
Sozcyili : Elok jaga jek anak sendiri tak kira susah dan miskin macam mana pun.. cari kerja.. dan jaga anak sendiri..