t>

Breaking News

Polis yang larikan Fatihah.


Nak gelak ke?

Fatihah dilaporkan diculik selepas membeli kad topup. Kes penculikan tersebut menjadi kes polis. Selepas ia kecoh [amber alert oleh orang ramai], seorang lelaki call ibu fatihah dan mengatakan fatihah selamat. Fine, belum tamat disitu.

Selepas tue terbongkar pula fatihah rupanya merancang penculikan sendiri bersama2 boifrennya untuk mengaburi mata family dia. Dan selepas berjaya memalukan keluarga dan menyusahkan orang ramai, fatihah dan boifren nya kini kembali dengan memalukan PDRM pula. Syabas diucapkan !

Lelaki yang bersubahat dalam menculik dan menyembunyikan fatihah ialah SEORANG ANGGOTA POLIS!

Ha Ha Ha


KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga.

Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya.

“Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya.

“Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah pelajaran demi masa depannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga. -BH

Kes neh sedikit sebanyak mencemar maruah polis. Bagaimana seorang polis boleh bersubahat dalam menculik anak orang semata2 deman cinta? Dah tahu budak tue sekolah lagi dan tidak mendapat restu family tunggu lah sampai dia habis sekolah kalau nakkan sebuah perhubungan yang SERIUS sekalipun.

MEMALUKAN.

Fatihah dan boifren nya memang MEMALUKAN.

MEMALUKAN family masing2.

MeMALUKAN PDRM.

Dan yang paling penting MEMALUKAN kami yang beria2 buat amber alert untuk fatihah. Terima kasih fatihah, kerana anda ramai orang rasa MALU. Terima kasih banyak2. Apa pun diharapkan fatihah insaf lah selepas neh. Siapalah kami nak hukum anda lebih2 kan? Tolong belajar dari kesilapan anda dan jangan lagi menyusahkan orang macam neh. Bai.

Sozcyili : Tak pasal2 seme dapat MALU...