t>

Breaking News

[Malaysia] Global March to Jerusalem - Misi bebaskan Palestine

Apa itu GLOBAL MARCH TO JERUSALEM?


Ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu. Ramai juga yang pernah dengar2 dan ramai juga yang tak pernah dengar2. Perhatikan poster di atas. Ini ialah GMJ malaysia. GMJ yang kita cakap neh melibatkan seluruh negara yang mahu palestine dan keseluruhan jerusalem dikembalikan semula kepada yang berhak.


 

Ingatlah, kita tidak membenci israel kerana dia israel. Kita tidak membenci yahudi, kerana mereka yahudi. Kita tidak akan membenci satu2 individu atas sebab bangsa ataupun warna kulit tetapi kita benci atas sebab sikap.

Isu disini ialah sikap israel yang kejam kepada rakyat palestine. Kekejaman neh, kita tidak boleh terima. Tidak kiralah samada ke atas muslim, yahudi, kristian ataupun bukan penganut islam, asalkan atas nama kekejaman kita tidak akan terima dan memang tidak mahu terima.

GMJ malaysia ialah sokongan kepada GMJ worldwide pada hari tersebut. Kita bersatu demi palestine. Kali neh mari kita support satu event yang bersejarah. Anda semua akan menjadi sebahagian dari sejarah pada hari tersebut. 

Tolong sebarkan video di atas dan event neh kepada semua rakan2 anda. Mari kita globalkan misi selamatkan palestine di malaysia. Palestine harus dibebaskan. Ini bukan semata2 soal hak tapi soal keadilan. Kali neh mari kita bersama2 demi rakyat palestine, soal lain2, tolong tolak ke tepi.

Sozcyili : 3 hari lagi.. countdown