t>

Breaking News

Ayah Pin Lumpuh.



Akhirnya.

Ketua kerajaan langit telah lumpuh. Apakah kerana kelumpuhan tersebut dia tidak akan ditangkap dan diburu oleh pihak polis lagi? Kat bawah neh pengakuan dari adik kandung ayah pin sendiri.

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang. 

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.-MH-


Gambar di atas neh merujuk kepada tempat pembaringan ayah pin ketua kerajaan langit ketika berurut. Urmm.. mungkin kah dia sebenarnya dah bertaubat bila kena keadaan macam neh? Hurmm.. susah nak cakap kan.. sebab tak dengar pengakuan dia sendiri. Tapi moga2 dia dah bertaubat lah ye..

Sozcyili : Penyakit itu penghapus dosa2 kecil.. ruang bertaubat tue sentiasa ada..