Imam hoslan tue jahat rupanya..- Bukti bergambar !
Tahu kah anda siapa itu imam hoslan? Seorang imam yang baling kasut kepada hakim [tapi tak kena] dan dihukum penjara setahun serta merta [berkuatkuasa dua hari yang lepas].Selain jahat dia juga imam yang buruk perangainya. Dasat tak?
Keluarga imam hoslan dan imam hoslan yang jahat sangat ada dalam gambar di atas neh.
Kali neh kita juga ada bukti bergambar yang jelas menunjukkan kejahatan imam terbabit. Semoga selepas neh lebih banyak kejahatan2 yang pernah dilakukan oleh imam hoslan terbongkar.
Ha Ha Ha
Kat bawah neh diceritakan bukti2 kejahatan yang melampaui batas oleh imam hoslan ;
1. Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali
sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan
parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila
melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan
yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit
untuk menunaikan fardhu haji.Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah
penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana
sahaja dia pergi. <-- Mula2 dia jadi mat rempit, then dia bergaul dengan rakan2 dari parti pembangkang [pas], dan selepas lama bergaul dan terpengaruh dengan rakan2 pas yang pergi haji dia pun berusaha kumpul duit dan pergi haji. Selepas menunaikan haji dia mengubah penampilan dia menjadi seseorang yang suka berserban dan berjubah.
Jahat tak ? Jahat kan?
Ha Ha Ha
2. Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa
masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan
tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan
tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya
diterima.Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau
memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk
kakitangan masjid.Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu
merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi
Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain <-- Hoslan meminta untuk menjadi bilal atas idea bapa dia, sebab hoslan selalu melepak dalam masjid tersebut dan permohonan dia diterima. Selepas itu dia duduk di kuarters dan sering menjadi imam bagi menggantikan iman2 yang uzur. Hoslan juga berbangga sangat dengan jawatan tersebut.
Jahat tak dia? Jahat gile kan?
Ha Ha Ha
3. Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib
sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan
Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju
Bersih yang ada di dalam jubahnya.Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak
polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya. <-- Imam hoslan buka jubah tunjukkan baju bersih yang dia sedang pakai ketika itu kerana imam lain sedang berkhutbah mengenai larangan menyertai bersih. Dan disebabkan memaparkan baju bersih dalam masjid, imam hoslan ditahan polis. Polis pun menyiasat kegiatan nya.
Jahat.. memang jahat ini imam.
Ha Ha Ha
Kesimpulan yang boleh dibuat melibatkan kes imam hoslan neh mudah sahaja. Dia terlalu aktif menunjukkan diri dia seorang imam yang menyokong pas. Dia tidak bersefahaman dengan imam2 yang menyokong kerajaan.
Dia tidak boleh bersabar dan menerima kepincangan2 yang berlaku dalam masjid setiap kali solat jumaat ketika imam berkhutbah. Maybe ada teks khutbah unsur2 bias disitu. So inilah nasib yang korang akan terima. Jika melawan kerajaan tak kira dari sudut apa pun korang tetap seorang pesalah. Jika melawan penyelewengan ke penjara lah jawabnya.
Dan ia juga akan diselingkan dengan drama2 aib. Samada kisah lampau korang akan didedahkan, ataupun korang akan dilabel sebagai riak, bangga dan suka menangis setiap kali baca khutbah ataupun dikutuk sebagai tidak pandai membaca surah dengan betul setiap kali menjadi imam. Senang cakap yang jahat hanya imam hoslan yang baik hanya pihak yang menghukum, jawi dan mereka2 yang menyokong kerajaan. Bai.
Sozcyili : Bak kata hakimm.. motif tak penting, yang penting kelakuan. Kalau ada penjenayah yang cuba untuk merogol korang then korang terbunuh orang sebab nak selamatkan diri korang mungkin akan dijatuhkan hukuman membunuh taww.. jahat.. motif tak penting der.. tak penting. Hehehe..