t>

Breaking News

Nurul Nadirah budak 5 tahun yang hilang mati dibakar, Ibu nya dikecam di facebook!

Tak patut.

Kita sebagai masyarakat jangan terlalu asyik mengecam membuta tuli, boleh tak?


Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.-SH-

Dalam beberapa hari neh tak silap aku ada 3 kali aku sebarkan info pasal kehilangan arwah nurul nadirah, kali terakhir semalam kot. Alfatihah diucapkan kepada arwah dan sesungguhnya aku berharap agar pelaku boleh ditahan secepat yang mungkin kerana bertindak kejam ke atas budak yang baru berusia 5 tahun.

Dan, aku taktahu betul ke tidak tetapi mereka kata benda neh bermotifkan dendam. Herm.. dendam ek? Sampai budak 5 tahun mati dibakar? Kerana dendam satu jenayah berjaya dihasilkan. 

Lihat bawah neh ;


Masyarakat facebook.

Sebarkan benda yang tak tentu betul tetapi menggunakan ayat yang konon nya ia sahih. Tak salah kalau nak bertanya tapi perlu ke buat kesimpulan? Sepatutnya fahami sikit keluarga mereka sedang berduka. Tak kiralah apa pun asbabnya tetapi kalau nak kecam ke apa ke cubalah tengok situasi dulu.

Aku bukan nak bekap ibu dia. Jangan salah faham. Aku tahu memang tak wajar budak umur 5 tahun disuruh ke kedai beli makanan tanpa pengawasan orang tua / penjaga dia. Aku juga nampak point kenapa ibu dirang perlu didakwa atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian anak. 

Tapi, boleh tak kalau kita menilai sesuatu tue berdasarkan kepada keadaan sebenar? Kita pun taktahu dalam keadaan apa ibu dirang menyuruh arwah membeli makanan dan kita juga tak pasti betul ke ibunya sedang leka bermain facebook sehingga mengabaikan anak sendiri. 

Kalau itu semua betul, kita memang suka jika ibu dirang dihukum supaya kes2 seperti neh boleh dikurangkan pada masa akan datang. Perlunya ada siasatan dilakukan terlebih dahulu. So dalam kes di atas neh, siasat dulu, dah sahih baru lah pergi sebarkan. 

Neh tidak, sebarkan satu2 isu yang melibatkan kesedihan orang ramai terutamanya kepada keluarga arwah tanpa memahami keadaan sebenar. Takut2 tersilap sangka nanti. Mereka sedang berduka, tak elok lah tambahkan kedukaan mereka lagi.

Kita semua disini masing2 perlu amek iktibar dan pengajaran atas apa yang telah berlaku kepada arwah dirang. Selamatkah malaysia neh sebenarnya? Persekitaran kita, adakah ia benar2 selamat? Adakah telah wujud langkah2 keselamatan bagi memberikan persekitaran yang selamat kepada masyarakat?

Sebab suka disini aku nak share satu pandangan yang dipetik dari facebook Nik Abduh Nik Aziz baru2 neh ;

Nik Mohamad Abduh
Utusan - Malaysia negara paling selamat. Ulasan: Ya, angka 19 lebih baik dari 20. Soalnya, betulkah kita rakyat rasa selamat? 1) Jenayah keluarga akibat dadah menjadi-jadi. 2) Rogol, zina dan anak luar nikah tak terbendung. 3) Rompakan di bandar dan di kampung bagai fenomena 4) Murtad dan maksiat berleluasa 5) Kenaikan harga barang dan inflasi tak terkawal lagi. 6) Hutang pendidikan membelenggu generasi muda. 7) Kos perubatan melampau 8) rakyat miskin terabai 9) Kerajaan rasuah dan khianati rakyat 10) Suara dan hak kebebasan rakyat disekat dan dilumpuhkan... dan lagi.. Berbangga apa angka 19?

Selamat kah persekitaran kita di malaysia neh? Mari sama2 fikirkan ia.

Sozcyili : Alfatihah..