t>

Breaking News

Anak VVIP Belasah Artis.

  


Hari tue anak nazri aziz, kali neh anak vvip mana pula? Ada yang kata kerabat diraja, kalau betul dia kerabat diraja maknanya bukan larh anak vvip tetapi vvip itu sendiri yang terlibat dalam insiden keganasan neh. Kena belasah jam 3pagi lebih kurang. 


Apa larh yang mereka seme neh buat kat luar pada waktu2 tersebut ye? Nak kata kerja malam standard vvip mana ada kerja malam. Kalau artis tue logik juga.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan anak VIP di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini awal pagi semalam.

Mikael Adam berkata sebelum kejadian pada jam 3.50 pagi itu, dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta.

“Sebaik keluar, saya terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga saya terjatuh sebelum badan dan muka saya dipijak.

“Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala bagi mengelakkan kecederaan lebih parah,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Menurutnya, akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri. -hm

Teruk keadaan artis neh. Moga2 pdrm jangan lakukan siasatan terpilih. Siasatan kena telus tak kesah larh dia anak vvip ka kerabat diraja ka orang biasa ka jangan sesekali lakukan siasatan yang terpilih. Artis yang dibelasah tu wajar mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Sozcyili : Pukul 3 pagi time orang tidur.. kalau orang alim depa tengah solat sunat.. bukan time belasah orang.. hahahah..