t>

Breaking News

Makcik, kenapa makcik beli nombor ekor?



Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Itu yang terlintas di akal aku ketika melihat gambar di atas neh. Gambar di atas neh sebenarnya telah tersebar ke semerata wall dan ia mengundang persepsi negatif kepada makcik2 yang berada dalam kedai tersebut.


Mula2 korang mesti terfikir, betul ke mereka neh makcik2? Ya, aku yakin berdasarkan kepada cara mereka berpakaian. Ia lebih kepada penampilan makcik2. Masalahnya sekarang apabila gambar seperti neh ditangkap dan disebarkan di facebook, tanpa keterangan lanjut ia sebenarnya telah mengundang fitnah kepada makcik2 dalam gambar di atas neh.


Ramai sungguh yang mencela makcik2 di atas. Mereka bukan nak fikir ehh apa makcik2 tue buat dalam tue.. sebaliknya ramai pengkomen2 terus melontarkan tuduhan owhh makcik pun main no ekor, dah larh pakai tudung tak sedar diri berjudi dan pelbagai lagi komen2 negatif dilemparkan terhadap mereka. Aku heran apa tujuan orang yang tangkap gambar neh dan sebarkan tanpa memberikan penjelasan lanjut? Maksud aku, kalau dia nak sebarkan sekalipun apa ka bagi lah keterangan lanjut. Bukan aku tak bagi sebar pun.


Ka, dia terlalu kat kawasan tersebut, ternampak dan amek gambar sebab dia fikir negatif? Sepatutnya ko tanya dulu apa yang depa buat kat situ. Kalau nak cakap mereka berjudi aku siyes susah nak percaya tanpa bukti walaupun aku tak nafikan ia mungkin betul.


Mari kita perhatikan gambar di atas betul2.


1. Kedai dalam keadaan bertutup. Pernah tengok kedai sport toto yang terbuka? Bagus, ia bukan seperti dalam gambar di atas. Jadi kenapa ia bertutup?


2. Mereka sedang beratur, pernah tengok orang beratur2 nak beli no ekor ketika kedai nak tutup? Tah, aku tak pernah perasan sebab bukan perhatikan pun kedai macam neh.. hahaha.. tapi korang rasa situasi neh boleh berlaku ka?


3. Kita lihat banyak perempuan yang bertudung sedang berbaris. Kalau dilihat dari penampilan mereka bukan jenis yang pandai mengayakan pakaian. Tengok selipar, tengok tudung, tengok jenis baju pun dah boleh agak mereka2 tue orang yang macam mana.


4. Lepas tue kita tengok pula lokasi kedai tue. Tengok papan tanda, tengok sekeliling kedai tue dan tengok orang2 bukan islam yang berdekatan dengan kedai tue. Perasan sesuatu tak?


Sekarang korang rasa tak apa yang aku rasa? Bagus, jangan cepat sangka buruk. Siasat dan fahamkan betul2 dulu. Lagipun kena siasat habis-habisan. Dari keaslian gambar neh sehingga lah kenapa makcik2 tue beratur di situ. Tak elok larh kita dok kata2 mereka tanpa memahami situasi sebenar. Once dah confirm mereka memang beli no ekor, masa tue nak balon dipersilakan.


Kalau lelaki yang beratur tue, insya-Allah aku lebih percaya sebab memang dah nampak banyak kali. 


Hahahah..


Soxcyili : Takanlah makcik2 satu geng boleh beli no ekor kebetulan kat situ der..?