t>

Breaking News

Blog Aidid Muaddib kena ban oleh SKMM.





Ini ialah petikan printscreen yang menyatakan pejuang anti MLM telah dimamposkan oleh mereka2 yang berkepentingan. Kenapa? Apa salah aidid? Mari kita lihat komen dari page rasmi dia sendiri ;


Seperti yang anda tahu web Aidid telah ditutup dengan kuasa SKMM (politik) atas faktor post berkaitan Skim Amanah Saham 1 Malaysia.Sejak dari situ mula muncul satu persatu website kononnya penutupan hasil pendedahan mereka siapa itu AididMuaddid seperti website : http://iknowhoyouaidid.blogspot.com/...disini kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lama berkaitan penulisan Aidid anda boleh mencari menggunakan cache google atau akan diajar nanti oleh saudara Bomoh Hujan.Kami akan cuba memasukkan semula bahan bahan itu kedalam page Say No To MLM.Harap bersabar. -SNTM-


Aik, tulis pasal kebenaran pun salah ka? Aku dah baca panjang lebar pasal SARA 1Malaysia tue, bila kita perincikan balik2 apa yang dia tulis satu persatu tue memang betul larh sesangat. Daripada korang langgan sara 1malaysia better korang sendiri isi duit tiap2 bulan dalam ASB.. lagi banyak untung daripada join sistem tue. Dah sah2 duit sendiri, bukan pinjaman apa seme. 


Untuk rekod, blog aidid tue bukan blog politik. Dia bukan kupas sara 1malaysia sebab dia anti kerajaan atau apa seme.. dia cuma kupas isu tue sebab dia anti mlm dan penipuan. Selain dari isu sara 1malaysia tue banyak lagi isu2 mlm lain yang dia tulis kat situ contohnya isu hpa, akhil hayy dan gelang ac mizal. 


Rasanya ac mizal mesti happy sebab musuh utama dia dah di block oleh skmm. Tapi jangan risau sebab aidid akan kembali dengan blog baru dan perjuangan yang semakin kental. SKMM boleh padam blog tapi bukan semangat juang aidid. 


Kalau nak tahu disebabkan aidid larh aku semakin cekap mengenali apa itu MLM dan berjaya mengelakkan diri daripada terpedaya banyak2 kali. Aidid banyak jasa pada aku woo.. tanpa aidid agaknya kita semua akan masih terleka di tipu arus permainan MlM.. thanks aidid.. teruskan usaha.


Sozcyili : Tulis benda betul pun salah.. adoii