t>

Breaking News

Gambar Proton Preve Yang Terrkantoii.. tersebar.


Apa yang sebenarnya telah berlaku? Boleh ke dengan hanya satu gambar kekantoian kita menilai proton preve yang baru dilancarkan? Dan seberapa yakin bahawa apa yang terpapar melalui gambar kat atas neh adalah mewakili kejadian sebenar? Itu, masing2 sendiri fikir.

Jangan salah faham. Aku bukan pengkagum proton namun aku juga bukan pembenci proton. Sebagai rakyat malaysia aku percaya kita semua wajar berbangga dengan product tempatan. Kalau bukan kita, maka siapa lagi yang nak menyokong dam memajukan industr permotoran tempatan di malaysia neh?

Namun terdapat beberapa kelemahan utama dalam proton yang kita dah banyak kali tegur dan tegur dan tegur dan masih terus tegur dan tegur sebab kita prihatin dan ambil berat. Teguran2 neh sesetengah orang beranggapan kita menghina dan memperkecilkan proton sebaliknya sebagai pengguna, bila kita dah pakai proton, kita dah rasa kualiti dia maka kita bercakap berdasarkan kepada pengalaman kita.

Kadang2 sebagai pengguna kita juga faham untuk menghasilkan sesuatu yang bagus dan baik ia memerlukan masa dan kajian mendalam. Kita sudi berikan seberapa banyak masa yang diperlukan oleh proton untuk mereka melakukan r&d, terpulang asalkan mereka dapat hasilkan sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat malaysia semula.

Namun apa yang kita kecil ahti sangat dengan sikap proton neh ialah mereka menjual product2 yang bukan sangat berkualiti pada harga yang sangat2 tidak munasabah. Contohnya kalau kereta tue layak jual rm15k - rm20k, mereka boleh pergi balon sampai rm50k-rm65k. Sapa tak marah macam tue?

Walaupun tidak dipaksa kita membeli tapi untuk hidup di malaysia neh kita perlukan juga kenderaan.Sudahlah sistem pengangkutan luar bandar dan kebanyakkan kawasan di malaysia neh teruk kalau takde kenderaan sendiri macam motor atau kereta macam mana nak hidup? Langsung tak boleh nak buat apa kalau takde kenderaan.

Kalau mereka jual kereta mereka sesuai dengan kualiti yang ditawarkan aku percaya takde mana2 rakyat malaysia yang akan cakap banyak dan komplain memanjang pasal proton. Kesalahan terbesar proton ialah dia jual kenderaan dia mahal2 pada rakyat sendiri dengan kualiti yang sangat2 menyedihkan tetapi dia jual kereta dia murah2 kat luar negara dengan kualiti yang telah dipertingkatkan, kenapa dia sayang orang luar lebih dari dia sayangkan rakyat dia sendiri sedangkan kita lah penyokong dia yang setia dan terbanyak?

Asal kritik je mereka taknak terima dan bagi macam2 alasan, budak kalau dah buat salah reti pula kita nak marah tapi apa sebab bila proton buat salah kita tak boleh nak perbetulkan? Ingatlah pengguna lah orang yang paling faham proton, bukan orang yang mencipta proton sebab apa?


Sebab orang yang mencipta proton pun tak pakai proton tapi pengguna yang tak cipta proton pakai proton dan tahu bagaimana rasa nya kualiti proton tue, jadi bila pengguna komplain, pengguna komplain bersandarkan kepada pengalaman mereka bukan komplain bersandarkan kepada pemerhatian orang lain. Yang neh kalau proton tak mo ubah2 juga, kita pengguna larh yang terpaksa ubah dengan kuasa undi. Fikir-fikirkan ye.


Sumber : sini

Sozcyili : Baru tekan dah tercabut.. betul ka?