Dua beradik ditahan sebab pukul FRU.
Elok larh sangat pun. Orang nak tengok bola depa dok sakan bergaduh. Tak puas ahti apa ka tak perlu larh sampai nak balon polis apa seme. Sesetengah orang suka guna alasan alah polis suka balon rakyat padan arh muka kena balon balik. Itu aku panggil pemikiran yang dangkal. Kenapa?
Yang balon rakyat maybe polis A, tapi yang kena balon polis B, adil ka? Mana ada adil kan? Lagi satu perbuatan membalon itu tetap tak salah tak kira sapa pun ia. Samada polis balon rakyat ataupun rakyat balon polis, salah tetap salah. Takde yang betulnya dalam perbuatan neh.
Baru2 neh dua adik beradik didapati telah membalon fru ketika perlawanan bola sepak sarawak vs kelantan. Penyokong sarawak yang balon fru tue. Tah kenapa dia balon tak pula aku tahu. Cuma dalam paper cakap dia mabuk. Urmmm betul ke? Aku takmo tuduh2 walaupun aku tak sokong tindakan dia yang membalon polis tapi aku pun malas nak percaya sangat penulisan2 dalam paper zaman sekarang.
Banyak yang suka tokok tambah. Elok dengar penjelasan dari kesemua pihak sebelum jump to any conclusion. Lihat berita kat bawah neh ;
Dua beradik yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis dibelasah ketika perlawanan Liga Super antara Sarawak menentang Kelantan di Stadium Negeri, Sabtu lalu, ditangkap di rumah mereka di Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, suspek berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan di rumah mereka pada jam 5 petang, selepas usaha mengesan mereka sebaik tamat perlawanan tidak berhasil.
Katanya, suspek dipercayai mabuk ketika kejadian dan bertindak ganas dengan memukul Lans Koperal Amzari Othman, 33, dari Balai Polis Sungai Maong, selepas diminta polis bersurai dari stadium.
Suruh bersurai pun salah? Sampai kena belasah? Nasib baik fru tue masih hidup. Kalau tidak tak pasal2 jadi pembunuh akibat terlalu taksub dengan bola sepak. Tah hapa2.
Berita penuh disini.
Sozcyili : Tajuk kemain kaw.. dua adek beradik ganas..