t>

Breaking News

Hukum LIKE gambar yang tidak menutup aurat.



Lihat soalan di atas neh betul2.

Soalan ;

Apakah di anggap berdosa jika LIKE foto friend lain yang tidak elok dan tidak menutup aurat di dalam facebook? Apakah kita di kira menyokong perbuatan nya jika LIKE foto dan komen2 yang merapu?

Jawapan dari ustaz ;

Kalau like bermakna sokong.. haram.

Ini jawapan dari ustaz. Tapi aku jadi semakin keliru. Aku confuse sebab ;

1. Kadang2 aku like komen2 kawan yang tidak menutup aurat. Aku like bukan sebab gambarnya tetapi sebab komen nya.

2. Kadang2 aku like gambar2 yang tidak menutup aurat bukan sebab gambar tue tapi point yang ditekankan.

3. Gambar2 yang di anggap merapu tue ditakrifkan macam mana? Kadang2 kita anggap gambar tue merapu, tapi orang lain menganggap sebaliknya. Bukan kah itu bergantung kepada cara pemikiran masing2?

4. Komen2 pun sama juga. Sesetengah orang menganggap komen2 tue merapu tetapi sesetengah orang menganggap sebaliknya. Ia pun bergantung kepada cara pemikiran masing2. Lain orang lain cara mereka menafsir.

Kesimpulan nya bagi aku, jawapan neh sangat general. Perlukan perincian lanjut supaya kita boleh faham benda neh betul2. Sehingga ke saat neh pun aku masih je like komen dan status kawan2 yang tidak menutup aurat. Sebab? Aku like sebab penulisan dia, bukan sebab gambar2 dia yang tidak menutup aurat dan dijadikan pic profile dia.

Perempuan yang tidak bertudung bukanlah musuh bagi aku. Dakwah yang berterusan itu penting. Aku percaya kepada konsep bahawa selagi manusia itu belum mati selagi itu ruang untuk dia berubah dan bertaubat terbuka luas. Inilah pandangan aku. Bai.

Sozcyili : Dah paste dah kat wall ustaz..