Ketua hakim negara SOUND rakyat internet ke neh?
Protes online pun salah.
Mula2 isu khir toyo. Jelas ia menimbulkan kemarahan rakyat jelata. Bagaimana seseorang yang terlibat dengan penyelewengan berjuta2 hanya di denda setahun sedangkan yang mencuri susu anak dipenjarakan dua tahun? Tidak cukup dengan itu, imam baling selipar pula dipenjarakan setahun sedangkan dia hanya meluahkan protes kerana hakim tidak membicarakan kes yang dia suarakan walaupun selepas itu dia sedar dia tersalah protes dan minta maaf namun hukuman tetap berjalan itu pun dengan kadar segera.
Alasan hakim, institusi kehakiman perlu dipertahankan daripada dipersendakan. Dan terkini, isu yang paling menyakitkan ahti rakyat apabila penari tiang di denda hanya rm25 sahaja selepas melakukan aksi lucah di salah sebuah kelab malam. Apa yang menimbulkan kemarahan masyarakat ialah ketiga2 gadis tersebut ialah orang melayu dan orang islam.
Dalam pada kerajaan melaung2kan malaysia ialah sebuah negara islam namun undang2 nya jelas menghina apa yang sering di slogankan. Tidak cukup dengan itu, jabatan agama juga tidak berperanan dalam menanggani isu tersebut dengan berkesan sedangkan mereka sanggup keluar tv hari2 untuk kutuk pembangkang sebagai parti ajaran sesat, parti tajaan yahudi, parti pro murtad tapi apakah tindakan2 mereka bila terkena ke atas diri mereka sendiri? Tiada.
Kalau pun ada, hanyalah rakyat yang kena. Terbaru, ketua hakim negara dipercayai sedang sound rakyat malaysia yang semakin lama semakin mempersoalkan hukuman2 yang dikenakan oleh hakim terhadap kes2 tertentu. Terima lah hakikat, kita sekarang berperang bukan sahaja dengan pengamal undang2 yang zalim dan bias, tetapi juga sistem keadilan yang jelas berpihak kepada golongan yang berkepentingan sahaja. Persoalannya, sampai bila?
Sozcyili : Rakyat bukan patung.