Malaysia negara ke 51 paling gembira di dunia.
Tahu kah anda bahawa malaysia dicatatkan sebagai negara ke 51 paling gembira di dunia? Ini adalah keputusan kaji selidik yang direkodkan oleh PBB, pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. Seriyus. Ini mungkin tidak mewakili fakta tepat secara keseluruhannya tetapi boleh lah dijadikan sebagai penanda aras tahap kebahagian rakyat di sesebuah negara.
Baca bawah neh ;
Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.
Laporan tersebut, yang dikumpul bagi Persidangan PBB Mengenai Kebahagiaan di New York Isnin lalu adalah berdasarkan maklum balas kaji selidik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara.
Kaji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing.
Bagaimanapun, Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu.
Mengikut senarai dunia itu, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Burma (72) dan Indonesia di ranking ke-83.
Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut yang mencadangkan penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia walaupun kekayaan tidak menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan.
"Kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan," menurut laporan itu. -MKINI-
Nampaknya kita kurang menderita berbanding negara thailand dan indonesia. Macam betul je.
Hahaha..
Sozcyili : Saya bahagia dengan negara tapi bukan dengan pemimpin.