Waran tangkap terhadap MP Sabak Bernam.
Mula-mula disaman.
Selepas itu disabitkan kesalahan oleh mahkamah kerana membuat tuntutan palsu.
Ironinya dia tidak dilucutkan jawatan sebagai wakil rakyat meskipun berdepan dengan tuduhan dan tuntutan saman yang belum dilunaskan sehingga ke saat ini. Yang terbaru dia isyitiharkan sebagai muflis. Mungkin kerana gagal melunaskan perintah saman yang dikenakan ke atasnya oleh syarikat bensteel pada tahun lepas.
Baca bawah neh ;
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah.
Abdul Rahman adalah pengerusi Majuikan Sdn Bhd yang telah
diperintahkan membayar RM2.3 juta pada November lalu, ekoran saman Benzteel Sdn Bhd Perdagangan terhadap United Arena (M) Sdn Bhd
Ketika dihubungi, peguam plaintif, A Saha Deva berkata Abdul Rahman (kiri), sebagai salah seorang pengarah Majuikan, telah gagal menghadiri prosiding pelaksanaan.
"Para pengarah gagal hadir di mahkamah untuk menjelaskan mengapa mereka tidak membuat bayaran bagi jumlah penghakiman tersebut," kata peguam itu.
Berikutan itu, Mahkamah Tinggi mengeluarkan waran tangkap baru-baru ini dan akan diserahkan hari ini.
Saha Deva berkata bailif akan cuba menyerahkan waran tangkap itu hari ini.
Semasa berita ini ditulis, Abdul Rahman tidak ada di Parlimen.
Pada 1 Mac, Abdul Rahman dan pembantunya disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap kesalahan membuat tuntutan palsu ketika mejadi ahli dewan undangan negeri.
Mereka masing-masing dihukum enam tahun penjara dan denda RM400,000.-MKINI-
Yang menjadi persoalan orang ramai sekarang neh ialah, kenapa bn dan umno masih mengekalkan dia di kerusi tersebut? Bukan kah dia gagal menjadi wakil rakyat yang berintergriti? Hairan lah. Sepatutnya dia dah lama dipecat dan digugurkan sebagai ahli parlimen. Tapi urmm.. tah lah mungkin kerana dia dari barisan nasional kot sebab tue lah dia masih bertahan sampai sekarang. Kalau dari pr, rasanya satu malaysia dah kecoh desak dia letak jawatan.
Hahahaha...
Macam2.
Sozcyili : Dengan hutang, dengan terbukti kesalahan pun boleh jadi wakil rakyat lagi?