t>

Breaking News

Panas : Skandal Subsidi Tepung Terbongkar !

Pendedahan oleh PPIM sendiri. Lihat kat bawah neh. Email dan sidang media neh adalah untuk hebahan orang ramai. Mungkin akan masuk berita, mungkin juga tidak akan masuk berita, apa pun kita berharap agar pendedahan PPIM neh dipandang berat oleh kerajaan. Jika sungguh mengutamakan rakyat, jangan lagi mementingkan kroni sendiri. 


Tolong bersikap adil.

Baca bawah neh ;

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sebentar tadi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) & gabungan NGO-NGO bersekutu telah menyerahkan Memorandum kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan berhubung Desakan Kepada Kerajaan Agar Menghapuskan Subsidi Bagi Tepung Gandum Kegunaan Am Bungkusan 25kg Yang Diberikan Kepada Pengusaha & Pengimpot Tepung.

Perkara ini dituntut sesuai kepada beberapa asas pertimbangan dan rasional seperti berikut:

1. Pemberian subsidi ini dilihat tidak menepati matlamat asalnya untuk meringankan bebanan rakyat sebaliknya menguntungkan pengusaha & pengimpot tepung terutamanya syarikat seperti FFM Berhad yang menerima lebih dari 50% keseluruhan subsidi yang bernilai RM 137,000,000.

2. Subsidi tepung gandum kegunaan am bungkusan 25 kilogram kepada pengguna sudah tidak lagi relavan memandangkan kebanyakkan pengguna kini memilih untuk membeli tepung gandum dalam pek 1 kilogram. Bermakna, subsidi yang bernilai kira-kira RM 82,000,000 ini dimanipulasi oleh pengusaha & pengimpot.

  3. Pemberian subsidi sia-sia ini membebankan Kerajaan dan menunjukkan tiadanya ketelusan & etika sebahagian pengusaha & pengimpot tepung.  Perkara ini telah berlanjutan sejak bertahun lamanya. Kerugian dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit bagi pemberian subsidi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

 4. Adanya pengusaha & pengimpot tepung seperti FFM Berhad yang memiliki kilang roti dan bakeri, ini membolehkan pihak FFM Berhad secara mudah memanipulasi subsidi ini dan membolehkan mereka menekan pesaing industri roti & bakeri dengan menawarkan harga yang lebih murah kepada pengguna.

5. Menggesa agar kerajaan melihat serta mengkaji semula subsidi yang disyaki disalahgunakan oleh pengusaha dan pengimpot tepung yang telah mengakibatkan kerugian Kerajaan.

Jika desakan ini dilaksanakan, kerajaan akan menjimatkan kira-kira RM 50,000,000 setahun daripada terus disalahgunakan oleh pengusaha & pengimpot yang tidak bertanggungjawab. Penjimatan subsidi ini juga membolehkan jumlah tersebut disalurkan kepada sektor lain untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.

Kami berharap agar perkara ini dapat disebar serta dikongsikan dengan para pengguna. Turut disertakan kenyataan akhbar, memorandum yang diserahkan serta gambar-gambar sekitar majlis.

Sekian. Terima kasih

"Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana"

Persatuan Pengguna Islam Malaysia

media.ppim@gmail.com


Sozcyili : Takan menteri pun tak nampak permainan neh? Ada saham sekali ka? Heh..