Sri wani, isteri yang dipercayai lelaki nak saman seseorang rm6juta.
Dia neh khunsa atau maknyah atau dah transform sepenuhnya menjadi seorang wanita atau apa?
Aku tak faham citer sebenar pasal perkara neh. Keliru pun ada. Sekarang neh isteri orang yang dikatakan sebenarnya lelaki tue nak saman orang pula. Dia nak saman sapa, cuba teka?
Sri Wani Choo Abdullah nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menjatuhkan maruah dan perniagaannya.Tanpa mendedahkan siapakah orang yang dimaksudkan, katanya, dia sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan saman RM6 juta.“Buat masa ini, peguam sedang mengumpul maklumat berkaitan hal ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Sri Wani, 37, menegaskan, dia mempunyai bukti yang kukuh untuk bertindak berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan video bertujuan merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.Suaminya, seorang bekas dekan institusi pengajian tinggi awam tempatan, yang mengesyaki Sri Wani lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah.Bahrom Sanugi, 61, bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 23 April ini untuk memberi keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian pengesahan jantina atau tidak.Sementara itu, Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya.Dia turut memfailkan injunksi ex parte (sebelah pihak) terhadap dua madunya kerana mendakwa difitnah.“Saya ada bukti mereka juga hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan kurang sopan,” katanya.Abdul Walid memerintahkan Sri Wani menyerahkan bukti itu pada 12 April ini.Sri Wani dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian juga menekankan bahawa dia menyayangi suaminya.“Biarlah apa orang nak kata; Tuhan mengetahui segala-galanya,” katanya dalam nada sedih, tetapi tetap yakin. – Sinar Harian Online
Adakah dia nak saman suami dia atau madu2 dia? Atau kesemua nya sekali? Berita neh siyes mengemparkan. Terkejut gile aku baca. Tapi sekarang yang buat aku tertanya2 apakah boleh jadi sri wani tue = khunsa ?
Tunggu je macam mana kes neh akan berjalan. Sri wani neh pun satu, taknak pula nafi bahawa dia bukan lelaki. Dia cakap dia difitnah tapi at least bagi lah pengakuan bahawa dia bukan seorang lelaki. Kalau dia mengaku dia khunsa pun aku rasa oke lagi.
Tapi takpe, kita tunggu je pengesahan jantina dari mahkamah. Samada dia tue lelaki or perempuan atau apa. Bila fikir punya fikir kan, aku boleh fikir yang bukan2. Gila larh seme neh.
Neh la masalahnya terlampau canggih sehingga jantina pun boleh dimanipulasikan. Perlu ada undang2 bahawa lelaki tak boleh operate jantina kalau sungguh dia lelaki tulen. Kalau dia buat juga boleh ditahan dan didakwa atas kesalahan tertentu. Tak kisah arh lelaki atau perempuan. Aku fikir benda neh dah jadi keperluan sebab apa nak cegah perkara2 seperti neh. Siyes memalukan der.
Bukan nak salahkan sri wani atau apa sebab taktau citer sebenar dan belum pasti sri wani tue bersalah tapi tak mustahil perkara neh boleh berulang kalau ia tidak dikawal melalui peruntukkan undang2.
Kalau khunsa takpe, cuma kalau lelaki atau perempuan jangan lah di izinkan mereka tukar jantina. Ia sebenarnya hanya akan menyebabkan kekeliruan dan kerosakkan dalam masyarakat jek. Institusi kekeluarga akan jadi kelam kabut dan kita seme akan berhadapan dengan kekeliruan jantina tak pasal2. Siyes.
Harap2 kita boleh kuatkuasakan undang2 macam neh. Pasal apa, semakin lama aku tengok kaum lelaki especially semakin berani main ubah2 jantina secara luaran. Apa pun tak boleh lah dorang neh. Dah elok2 jadi lelaki sibuk nak jadi pompuan. Aihhh...
Sozcyili : seram