t>

Breaking News

Hot : Video TIGALINE rompak kedai kereta terpakai !

Dorang cakap customers mengaku datang dari kumpulan tigaline. Selain dari customers yang merompak, terdapat juga beberapa wartawan yang merakam aksi rompakan tersebut. Urmm.. customers dilaporkan tidak berpuas ahti. 

Tapi tak pula diterangkan apa benda yang mereka marahkan sangat tue. Sudah semestinya pemilik kedai tue ada melakukan sesuatu sehingga menyebabkan customers marah tetapi.. tak patut juga kalau merompak kedai orang macam neh.

Antara barang yang dicuri [atau mungkin dorang amek sekejap kot] ialah ;

1. 5 buah kereta

2. 2 buah laptop

3. Dompet

4. Beberapa barang milik pekerja

Kerugian dianggarkan bernilai hampir RM70,000 ribu ringgit.

Video tersebut korang boleh lihat kat bawah neh oke ;


Pandangan aku ; 

1. Kena dengar penghujahan dari semua pihak yang terlibat. Kita tatau kenapa perkara di atas berlaku. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan perkara di atas.

2. Cuba tengok gambar bawah neh ;


Lihat anak panah hijau. Lelaki berbaju putih neh kerja dia dari awal rakaman cctv kita boleh nampak dia tangkap gambar dan rakam sesuatu. Kalau ini rompakan atau apa, kenapa sibuk nak rakam? Ka stail baru? Hehehe.. nak jadikan kenangan ek? Bukan kot. Aku rasa sebab nak jadikan bukti dan etc2 untuk menjawab balik pertuduhan kalau pemilik kedai melakukan serangan balas.

Lagipun kesemua perompak2 [customers yang marah] tidak pula menutup muka sesama mengambil barang milik pemilik kedai. Ini sudah cukup membuktikan ia bukan rompakan biasa. Sudah semestinya pemilik kedai neh ada melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan mereka. Yang neh kita kena dengar pandangan dari semua pihak yang terlibat.

3. Kekasaran terhadap perempuan tue tak sepatutnya berlaku. Mungkin marah atau apa, tapi agak2lah nak pukul pompuan pun. Kalau dia melawan ikat je larh dia. Buat apa ko nak tolak2 dia apa seme. Sapa tak melawan kalau barang kena rompak kan?


4. Aku tak nampak mana2 lelaki yang menyerang kedai tue bawa senjata kecuali seorang lelaki yang badan tegap tue aje. Lepas tue di akhir cctv nampak macam kedua2 lelaki tue menjelaskan sesuatu kepada wanita tersebut. Lebih kurang macam berunding ataupun mengemukakan arahan. Kenapa? Sebab tue aku cakap kita kena dengar hujah kesemua pihak baru buat kesimpulan.

5. Suara takde. So macam mana nak buat analisis yang adil kan? Ini penting tau.

6. Yang claimed mereka neh orang2 tigaline ialah pemilik kedai yang dirompak dalam video di atas. Samada betul atau tak betul aku tatau.

7.  Pemilik kedai juga enggan mendedahkan nama. Aku pun tak pasti samada dia ada buat laporan polis atau tidak. Tapi edarkan cctv takpe pula.. urmm.. adakah dia terlibat dengan pinjaman ALONG?

8. Apa pun, sebagai rakyat kita jangan amek tindakan sendiri. Ini sebenarnya salah. Yang salah tetap salah. Kalau pemilik kedai buat salah kecik, maka mereka2 yang merompak pemilik kedai pula buat kesalahan besar. Kita tak boleh membalas kejahatan dengan kejahatan meskipun dia mungkin seseorang yang benar2 jahat. 

Lagisatu kalau seseorang tue buat A, kalau ko nak balas pun balas lah perbuatan tue sama rata iaitu dengan buat A juga. Kenapa ek ko nak babitkan dompet dan barang2 pekerja yang tak terlibat? Itu juga adalah kesalahan yang sangat seriyus. Lain orang yang ko marahkan, lain orang yang ko mangsakan. Ini tak patut berlaku. 

Mungkin kita di aniaya dan di tipu sesiapa tapi jangan sesekali bertindak sendiri. Ikut undang2, cara customers yang marah neh adalah salah sama sekali. Tidak boleh ditiru dan di ikut. 

Kalau seme orang boleh amek tindakan sendiri maka apa guna nya undang2 kan? Namun di satu pandangan yang lain, ini mungkin berlaku apabila penguatkuasa gagal memainkan peranan sewajarnya dan seadilnya. Apabila manusia tak mempercayai institusi kepolisan dan kehakiman, mereka akhirnya cenderung untuk menuntut keadilan menggunakan tangan sendiri. Akhirnya beban kesalahan akan terpalit kepada siapa? Sama2 fikirkan ye.

Sozcyili : Macam2 hal sekarang..