Annuar Musa sokong tuntutan royalti minyak kelantan.
Siapa tak kenal Annuar Musa? Orang kuat bola sepak kelantan dan juga orang kuat umno. Semalam annuar musa telah menurunkan tandatangan dalam kain rentang yang disediakan oleh GEGAR untuk mengumpul sokongan terhadap tuntutan rakyat kelantan ke atas royalti minyak.
Royalti minyak di kelantan umum mengetahui ia adalah hak milik rakyat kelantan sebelum umno memutuskan untuk menyekat peruntukan tersebut apabila rakyat kelantan terus - terusan tidak mengundi bn pada setiap siri pilihanraya umum sejak pru ke 7.
BN telah mengugut dan mempolitikkan isu royalti minyak atas alasan ia adalah hak kerajaan pusat tetapi setelah beberapa siri penerangan dilakukan PAS bersama Tengku Razaleigh yang juga lebih dikenali sebagai KuLi selaku orang yang berjasa disebalik penubuhan petronas jelas membuktikan bahawa kerajaan pusat telah berdolak dalik dalam isu royalti minyak hak kelantan.
PAS juga telah melakukan pelbagai kajian demi kajian, penyelidikan demi penyelidikan bagi membuktikan bahawa tuntutan mereka ke atas royalti minyak adalah berasas. Selalu kita dengar umno melaung-laungkan slogan bahawa mereka memperjuangkan hak orang melayu dan hak orang islam.
Tetapi kita juga sering tertanya2 kenapa umno tidak memberikan sahaja hak royalti minyak ke atas rakyat kelantan yang mana majoriti mereka adalah orang melayu dan orang islam? Apa yang lebih malang lagi ialah umno bukan sahaja menafikan hak rakyat kelantan malahan mereka sanggup bayar rakyat thailand yang membunuh rakyat islam mengenai sempadan penemuan minyak di dasar laut.
Bukankah ini pelik? Kenapa pula thailand diberikan pampasan sedangkan mereka tak layak? Ataupun adakah syarikat thailand dinamakan untuk melindungi syarikat lain? Yang itu kita tunggu lah sebab kebenaran akan terbongkar juga suatu hari nanti lambat mahupun cepat.
Sozcyili : Memperjuangkan hak orang melayu PEMIMPIN UMNO dan hak orang islam PEMIMPIN UMNO sahaja, yang lain ialah KULI BATAK pada tanggapan mereka. Sudikah anda menjadi KULI BATAK mereka?