t>

Breaking News

Mogok lapar di malaysia pun ada rupanya.





Ini bukan di Palestine. Ini juga bukan di Penjara Israel. Tapi di sini. Ya, di Malaysia. Kenapa ia tidak meluas? Kenapa tidak di war-warkan menerusi media arus perdana? Kenapa tiada media tv yang alert isu tersebut? Sebenarnya sudah beberapa hari tahanan ISA mogok lapar demi memperjuangkan hak dan kebebasan mereka.


Umum mengetahui bahawa pada tahun lepas najib telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa ISA akan dimahsuhkan. Dan akhirnya ISA benar2 telah dimahsuhkan apabila usul tersebut diluluskan di persidangan parlimen pada awal tahun ini. Namun yang menjadi persoalan ialah kenapa tahanan2 ISA masih dikekalkan andai ISA telah dimahsuhkan? Bukan kah mereka juga sepatutnya dibebaskan serentak dengan pemahsuhan ISA?

Baca serba sedikit isu berkaitan di bawah neh jap ;

Sebilangan tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting nekad melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.

Tindakan itu dilakukan memandangkan status mereka sebagai tahanan ISA masih tergantung setelah kerajaan bersetuju memansuhkan akta itu, Mac lalu.

Bagaimanapun, jumlah tahanan yang melancarkan mogok itu masih tidak diketahui.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dalam satu kenyataannya, hari ini berkata pihaknya dimaklumkan tentang tindakan mogok itu daripada ahli keluarga tahanan.

Pengarah Eksekutifnya, E. Nalini berkata beliau percaya mogok itu telah dilakukan sejak empat hari lalu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri turun memastikan keadaan mereka, sekaligus menyatakan pendiriannya terhadap status penahanan mereka atau membicarakan mereka di mahkamah terbuka. 

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut memastikan keadaan tahanan yang diktakan melancarkan mogok lapar.

"Campur tangan pihak Suhakam juga diperlukan bagi memastikan keadaan tahanan di sana. Tahanan-tahanan tersebut mungkin kecewa kerana masih tidak dibebaskan, sedangkan ISA sudh dimansuhkan," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata biarpun akta baru yang menggantikan ISA masih membolehkan penahanan sedia ada, Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar melakukan sesuatu bagi memastikan semua tahanan ISA tahu keadaan status mereka.

"Para tahanan tahu, ISA sudah dimansuhkan. Sudah tentu
 mereka mengharapkan pembebasan selaras dengan pemansuhan tersebut. Mungkin menteri ad berjanji dengan mereka. Jadi KDN perlu bertindak sewajarnya dalam kes ini," tambah beliau yang menyatakan masih ada 30 hingga 40 orang tahanan ISA yang ditahan di bawah akta itu.-HD-

Sampai ke hari neh mereka dipercayai masih mengadakan mogok lapar. Status tidak diketahui. Sekarang neh boleh tak kalau menteri bebaskan aje mereka seme dah alang2 ISA telah pun dimahsuhkan, betul tak? Buat apa larh nak tahan orang sebab berbeza idelogi perjuangan politik? Aihh kata negara demokrasi takan komplain sikit nak goyah pula? 

Sozcyili : ISA patut digunakan untuk membanteras komunis bukan membanteras musuh politik.. ermm