t>

Breaking News

Ibu Azmin Ali luah perasan...

Di tv sudah. Di portal online pun sudah.Ibu Azmin Ali akhirnya muncul di television dan media arus perdana memberikan serba sedikit pandangan nya berhubung kes yang menimpa ke atas anak sulungnya baru2 neh.

Luahan Ibu Azmin boleh di ikuti di bawah neh ;

” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,"
” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.
” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.
“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.
“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom
Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.
Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.
” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.


” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.
Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.
” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” -MNH-

Apa yang berlaku? Betul ke kata2 ibu Azmin Ali? Adakah benar ibu azmin ali dipengaruhi? Layak ke kita kutuk2 ibu dia? Wajar kah kita kata ibu dia kena beli? Baca skrip? Ibu fitnah anak? Ibu dah berpolitik?

Ini pandangan ikhlas aku.

1. Kita masing2 ada mak. Memang normal lah kalau mak kita sayang kita. Dan memang normal juga kalau mak kita marah kita setelah dipengaruhi oleh adik beradik kita yang lain. Apsal pengalaman neh macam pengalaman aku jek? Hahahaha..

2. Jadilah manusia yang berterus terang. Azmin ali patut terus terang jek dengan mak dia. Salah, betul, fitnah, tulen, rekaan, edit, super impose atau apa, bercakaplah sejujurnya dengan ibu sendiri. ** Jangan cenderung menyalahkan orang lain kalau diri sendiri tak pernah nak berterusan membetulkan hubungan dengan ahli keluarga sendiri. [Ini cuma satu pandangan, bukan menuduh azmin ali bersikap sedemikian].

3. Langkah tepat ialah, jumpa mak, berbincanglah dari ahti ke ahti. Berbincang semua sekali. Jangan terlepas walaupun satu. Kalau sungguh nak bersihkan nama, maka berbaik2lah dengan ibu sendiri terlebih dahulu.

Jangan sesekali lupa bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu. Wajib kita patuh kepada ibu, wajib selagi mana dia tak menyeru kita kepada perkara2 yang berdosa. Masyarakat kita memandang orang yang derhaka pada ibu ialah orang yang jahat. 

Aku juga mempunyai persepsi yang sama walaupun aku baru sahaja derhaka kepada ibu aku bila join bersih 3 ari tue. Tapi, macam aku kata, sewajarnya kita terus terang dan berbincang semua sekali kepada orang tua. Kadang2 mereka neh tak faham, disinilah peranan kita sebagai anak untuk fahamkan dia. Kalau kita takde usaha untuk fahamkan dia, jangan sesekali marah kalau si ibu tak pernah nak faham kita.

Semoga azmin ali boleh lah mengambil langkah2 alternatif untuk menyelamatkan keadaan. 

Sozcyili : Ibu mana tak sayang anak..